Apa Itu Harta Batil? - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Apa Itu Harta Batil?

dosa tercipta
Dosa tercipta bila makan harta batil
Ramai yang call & Wasap...
Harta Batil tu apa yek....

Harta batil...memakan atau mengambil hak orang lain...jom baca kisah-kisah benar

Kisah 1:
Ali mati mempunyai 5 anak...yang sulung lelaki....rumah pusaka masih atas nama si mati. Rumah disewakan atas persetujuan semua dan setiap tahun buat kenduri adik beradik dgn duit hasil sewaan. Selepas beberapa tahun, tiada lagi kenduri adik beradik. Duit pun tidak diagih pada waris, si abang hanya diam membisu. Inilah dinamakan memakan harta batil.

Kisah 2 :
Hassan mati meninggalkan 2 anak dari isteri A. Dan 6 anak dari isteri B. Si isteri B mengagihkan harta si mati kepada anak-anaknya sahaja. Dan anak isteri A tidak mendapat hak mereka. Di sini isteri dan 6 anaknya sudah memakan harta batil.

Kisah 3 :
Jalil meninggal dunia. Sebelum kematiannya beliau telah bercerai dan mempunyai anak tunggal lelaki. Penama KWSP adalah ibu Jalil. Selepas mengambil 100% duit KWSP Jalil. Si nenek berjumpa bekas menantunya dan menyatakan arwah dah wasiatkan duit KWSP keatas namanya jadi katanya duit tu haknya, 1 sen pun dia tak akan beri pada anak lelaki tunggal si mati. Si ibu si mati dah mengambil hak anak yatim iaitu memakan harta batil.

Kisah 4 :
Haji Kassim mati meninggalkan 8 anak. Dan mempunyai 15 relung tanah bendang. Tanah diurus si anak sulung. Permulaan dengan persetujuan waris duit hasil sewaan tanah bendang RM12k setahun digunakan untuk baiki rumah pusaka. Selepas selesai baiki rumah pusaka, hasil sewaan si kakak tidak agihkan kepada adik beradiknya. Bila ditanya katanya disedekahkan kepada masjid tanpa berbincang dengan adik-anaknya. Disini si kakak dah pun mengambil hak orang lain.

Kisah 5 :
Anak sulung Haji Bakar mati dalam kemalangan dan meninggalkan anak bawah umur. Haji Bakar adalah penjaga harta cucunya. Semua duit cucunya Haji Bakar simpan di dalam Tabung Hajinya. Tanpa memberitahu kepada anak-anaknya yg lain. Selepas kematiannya, semua harta termasuk duit cucu di dalam tabung haji telah di agihkan kepada anak-anak Haji Bakar. Di sini semua anak-anak Haji Bakar dah pun mengambil hak anak yatim.

Kisah 6:
Milah kematian suami dan mempunyai seorang anak perempuan.  Duit takaful atas nama bapa si mati.  Selepas kematian, pihak takaful telah membayar pampasan kepada bapa si mati. Ibu si mati telah agihkan duit takaful tu kepada suaminya, dirinya dan semua anak-anaknya tanpa memberi pada isteri si mati dan anak tunggal perempuan. Di sini adik beradik si mati bukan waris faraid tapi dah mengambil hak waris faraid.

Kisah 7 :
Hajjah Peah meninggal. Mempunyai 1 anak perempuan dan 3 anak lelaki. Salah sorang menantu perempuan telah mengambil periuk dan set pinggan mangkuk yang cantik tanpa pengetahuan anak-anak simati. Di sini menantu telah mengambil hak org lain.

Kisah 8 :
Haji Dolah mempunyai 7 anak, seorang dari anaknya suka meminjam wang dari Haji Dolah tanpa memulangkan semula dan apabila Haji Dolah mati si anak yang meminjam duit hanya diam tanpa memberitahu pada adik beradiknya yang dia meminjam duit arwah. Hutang tersebut menjadi sebahagian dari harta pusaka si mati. Maka hidupnya berterusan dalam memakan harta batil.

Dan banyak lagi kisah-kisah yang saya perolehi dari client, kawan dan sahabat handai saya.

Disebabkan TAMAK...JAHIL DALAM FARAID...TIADA PESANAN ATAU WASIAT BERTULIS....

Waris memakan harta batil, bukan waris mendapat hak waris faraid. Semua inilah di panggil memakan harta batil.

Terus terang saya katakan terlalu ramai orang kita hidup dlm memakan harta batil...HARTA HARAM...MAKA ROSAKLAH SELURUH KETURUNANNYA DEK KERANA HARTA BATIL...

Renung-renung dan fikir-fikirkanlah.
Allah membalas dosa memakan harta batil di dunia lagi. Jika keluarga anda selalu mendapat pelbagai musibah...duduk sejenak....renung....apakah anda TERGOLONG DALAM GOLONGAN MEMAKAN HARTA BATIL???

Jika ya...jangan malu...PULANGKANLAH HAK WARIS yang teranianya...
Balasan bukan hanya diri anda tetapi seluruh keturunan anda bakal menerima musibah, mungkin berat rezeki, mungkin mendapat sakit, mungkin berat jodoh. Semua tu rahsia Allah. Wallahualam.

Jom buat perancangan harta pusaka supaya anda mati penuh dengan kejayaan.
 
Back To Top