Inflasi Perubatan (Medical Inflation) - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Inflasi Perubatan (Medical Inflation)



Medical Inflation
(Inflasi Perubatan)

⬛ Di Malaysia, data dari tahun 1997 hingga 2016 telah menunjukkan peningkatan dalam perbelanjaan kesihatan lebih daripada 100 peratus.

⬛ Pada tahun 1997, jumlah perbelanjaan kesihatan berjumlah RM8,604 juta. Nilai ini berjumlah RM22,144 juta pada tahun 2006 dan RM51,742 juta pada tahun 2016.

⬛ Purata "Global Medical Trend Rate" ialah 8.4%. Tetapi purata Medical Trend Rate untuk Malaysia ialah 15.3% (kedua tertinggi di Asia).

3 faktor utama menyebakan kenaikan kos rawatan perubatan (inflasi perubatan) 

1. ‌Populasi Penduduk:

‌ ✓ Penduduk yang semakin tua menyumbang kepada peningkatan dalam kos penjagaan kesihatan.

✓ ‌Orang tua lebih cenderung untuk menggunakan penjagaan kesihatan lebih kerap dan lebih intensif berbanding dengan golongan muda.

✓ 19.35% dari 32 juta penduduk di malaysia adalah orang tua yang berumur lebih daripada 50 tahun.

2. ‌Faktor sosial dan gaya hidup

✓ ‌Individu yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat memerlukan lebih banyak perkhidmatan penjagaan kesihatan, yang memaksa mereka untuk membelanjakan lebih banyak pada penjagaan kesihatan.

✓ ‌16.9 % daripada 20.7 juta orang dewasa di Malaysia menghidap penyakit diabetes. Tidak kira bangsa dan agama. 

✓ ‌Malaysia telah dilabelkan sebagai negara paling gemuk di Asia kerana kira-kira separuh daripada populasinya yang berlebihan berat badan.

✓‌ Perangkaan dari Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa rakyat Malaysia terdedah untuk menghidap penyakit jantung lebih awal iaitu pada awal umur 58 tahun, berbanding dengan negara-negara lain di rantau Asia. 

3. ‌Teknologi perubatan:

✓ Teknologi baru boleh meningkatkan hasil perubatan dan kepuasan pesakit tetapi menyebabkan peningkatan kos yang banyak.

✓ ‌PwC (2012) menganggarkan bahawa teknologi baru akan meningkatkan kos perubatan keseluruhan sebanyak 25%.

✓ ‌Dengan kemunculan inovasi dan teknologi perubatan yang baru, permintaan pengguna akan meningkat dalam mencari penjagaan kesihatan yang baik. ‌Permintaan ini menyebabkan peningkatan permintaan insurans seiring dengan kos.

sumber :
https://infocus.wief.org/medical-inflation/



Back To Top