Faraid & Wasiat |
Syarat Asas Wasiat Sempurna
1) Tulis WasiatWasiat mesti di tulis dengan jelas dan bukan secara pesanan mulut sahaja. Pen yang digunakan mesti berwarna hitam. Tidak boleh buat cross words untuk padam atau ubah ayat.
2) Tanda Tangan Pewasiat dan Saksi
Mesti di tandatangani oleh pewasiat dan saksi. Saksi mesti 2 orang lelaki atau 2 orang perempuan dan satu saksi lelaki dan bukan dari kalangan menerima harta pusaka.
3) Aset Milik Sah
Aset mesti dimiliki di atas nama pewasiat secara sah. Tidak boleh mewasiatkan harta yang tidak wujud atau akan wujud pada masa akan datang (belum pasti).
4) Aset Halal
Dalam kaedah wasiat islam, harta yang diwasiatkan mestilah dari sumber yang halal. Tidak boleh membuat wasiat dari harta yang diperolehi secara haram.
5) Wasiat Disimpan Dengan Selamat
Surat wasiat mesti disimpan dengan selamat dan boleh dibaca semasa proses pelaksanaan wasiat. Tidak boleh hilang, rosak atau dipinda tanpa bukti yang disahkan. Sebab itu melantik wasi sangat penting untuk simpan wasiat anda.
6) Waris Yang Sah
Waris penerima harta pusaka pewasiat mesti sah dari undang-undang faraid kecuali penerima wasiat kepada bukan waris sehingga 1/3 harta pusaka. Tidak boleh memberi wasiat kepada orang yang tidak pasti atau tidak dikenali.