Syarat Wasiat - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Syarat Wasiat


Apakah kelayakan bagi pewasiat?

ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (SELANGOR) 1999

Seksyen 6. Kelayakan pewasiat.

(1) Seseorang pewasiat (al-musi) hendaklah seseorang yang- 

    (a) telah mencapai umur 18 tahun;

    (b) tidak merupakan orang yang tak sempurna akal;

    (c) bertindak dengan sukarela dan tidak dipaksa; dan

    (d) tidak dilarang daripada menguruskan hartanya.
(2) Seseorang yang tidak layak menjadi pewasiat menurut Hukum Syarak, wasiatnya adalah tidak sah kecuali dengan izin dan kebenaran Mahkamah.

(3) Jika seseorang pewasiat dalam keadaan sakit, dia hendaklah waras fikirannya, balk ingatan dan memahami semasa wasiat dibuat.

(4) Jika seseorang pewasiat dalam keadaan marad al-maut, wasiatnya hendaklah tidak melebihi dari satu pertiga dari hartanya dan jika harta yang diwasiatkan itu melebihi satu pertiga, wasiatnya hanya boleh diterima dengan persetujuan semua waris.

Syarat Penerima Wasiat


Syarat penerima wasiat (al-musaalah)
  • Penerima wasiat adalah umum,umpamanya individu, tertentu, individu, badan tertentu, tujuan tertentu dan sebagainya.
  • Penerima hendaklah diketahui dengan jelas.
  • Penerima wasiat hendaklah hidup pada masa kematian pewasiat.


Syarat-syarat sesuatu yang diwasiatkan.

(1) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah---

    (a) sesuatu yang boleh dijadikan pusaka atau boleh menjadi perkara akad semasa hidup pewasiat;

    (b) sesuatu yang bernilai;

    (c) sesuatu yang boleh dipindahkan selepas kematian pewasiat; dan

    (d) sesuatu yang wujud dan dalam milik pewasiat, jika ditentukan dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan.
(2) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan bukan sesuatu yang haram atau maksiat atau bidaah.


Back To Top