Harta Alih dan Harta Tak Alih - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Harta Alih dan Harta Tak Alih

Harta Alih dan Harta Tak Alih

wang tunai
Contoh harta alih iaitu wang tunai
Harta Alih:-

Harta alih ialah harta yang bukan dalam bentuk tanah ataupun rumah. Ia adalah seperti:

  • Duit simpanan dalam bank
  • Wang Tunai
  • Simpanan KWSP
  • Saham (BSKL, SDN BHD, Koperasi, BKRM, ASB)
  • Barang kemas atau perabot.
  • Kereta atau motor
  • Pampasan pengambilan tanah dan sebagainya.
  • Pampasan insuran atau takaful
  • Tabung Haji
  • Binatang ternakan.
  • Juga lain-lain yang seumpamanya dengannya.

rumah
Contoh harta tak alih iaitu rumah

Harta Tak Alih:-

Harta tak alih ialah tanah atau kepentingan di atasnya. Contohnya ialah:
  • Tanah yang mempunyai geran dan nama si mati didaftarkan atas namanya.
  • Si mati ada mengusahakan ataupun memohon tanah A.A atau T.O.L semasa hidup daripada membuat bayaran premium.
  • Tanah yang dipajakkan seperti lombong dan lain-lain berserta kepentingannya.
  • Tanah yang dipegang oleh seseorang bagi pihak si mati sama ada sebagai pemegang amanah, pentadbir, ataupun waki;.
  • Tanah yang patut diturun milik kepada si mati daripada pusaka yang sedang dibahagikan.
  • Pegangan di bawah Land (Group Settlement Areas) act 1960.
  • Sesuatu kepentingan dalam gadaian ataupun pajakan.
  • Rumah pangsa.
  • Beserta lain-lain yang seumpamanya dengannya.

Baca artikel seterusnya:-


Back To Top