Pri-Ti (Prihatin Amanah Takaful/Insurans) |
Amanah Takaful/Insurans adalah produk Amanah bagi polisi Takaful/Insurans. Pemilik polisi Takaful/Insurans melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai pemegang Amanah untuk menerima wang Takaful/Insurans melalui penyerahan hak mutlak (Absolute Assigment). Ini membolehkan as-Salihin mengagihkan wang polisi yang diterima untuk kepentingan pemilik polisi (sekiranya menghidap penyakit kritikal @ koma @ hilang keupayaan kekal) dan juga benefisiari tertentu.
Struktur Pri-Ti |
Kematian:-
- Dibenarkan menamai penerima gantian.
- Dibenarkan untuk menetapkan syarat pembahagian.
- Dibenarkan untuk menetapkan arahan pembayaran berperingkat atau membentuk tabung amanah untuk jangka masa panjang.
- Mengawal cara berbelanja suami/isteri atau anak-anak.
- Mengelakkan pergaduhan antara ahli keluarga.
- Pengagihan wang polisi kepada penerima yang masih di bawah umur (18 Tahun) dapat dilaksanakan.
Hilang Keupayaan Kekal (TPD)/Koma:-
- Wang takaful/insurans dapat dinikmati/dimanfaatkan untuk kegunaan pemegang polisi yang koma atau hilang keupayaan kekal.
- Mengelakkan penyalahgunaan wang dan pecah amanah oleh individu yang mendapat kuasa.
Manfaat Pri-Ti
- Boleh mengelakkan penyalahgunaan wang dan pecah amanah kerana diuruskan oleh as-Salihin Trustee Berhad.
- Memastikan kesinambungan legasi melalui tabung amanah.
- Memelihara hak benefisiari - terutama benefisiari bawah umur/OKU.
- Wang polisi tidak tertakluk kepada Faraid dan pentadbiran harta pusaka, berkuatkuasa serta-merta menurut terma di dalam Surat Ikatan Amanah.
- Mengawal cara berbelanja benefisiari (boleh menentukan jumlah, tujuan dan cara pembahagian).
- Boleh digunakan untuk pembayaran hutang dan Yuran Pentadbiran Harta Pusaka.
- Terlindung dari tuntutan pemiutang (tertakluk kepada Akta Bankrup 1967)
- Pengurusan wang takaful untuk kepentingan pemilik polisi sekiranya berlaku ketidakupayaan kekal atau koma.
Perlukan khidmat rundingan?