Harta Pusaka Si Mati |
Harta pusaka ialah semua harta dan kepentingan yang didaftarkan atau dipunyai oleh si mati pada masa kematiannya.
Kematian si mati hendaklah disertakan dengan bukti seperti yang digariskan oleh undang-undang. Antara bukti kematian adalah melalui sijil mati ataupun perintah mahkamah tentang anggapan kematian dibawah undang-undang sivil (7 tahun dari tarikh kehilangan dilaporkan).Definisi
Menurut kamus Dewan, Pusaka adalah harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia, (untuk diwarisi oleh keluarganya) Dalam bahasa Arab, pusaka dipanggil Al Irth, Al Wirth, atau Al Wirathah yang dalam bahasa Melayu dipanggil Warisan.Menurut istilah Syara’ harta warisan atau mirath ialah harta peninggalan orang yang telah meninggal dunia yang telah menjadi hak mutlak ahli warisnya untuk diagih-agihkan di kalangan mereka yang berhak.
Harta Pusaka Termasuk :
- Semua harta yang ditinggalkan oleh si mati yang diperolehi semasa hayatnya secara halal seperti melalui jual beli, mendapat pusaka, melalui hibah, hadiah, sedekah dan melalui wasiat
- Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati
- Hutang kepada si mati yang di jelaskan selepas kematian
- Dividen /faedah yang terbit daripada harta si mati
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Barang yang terbit selepas mati seseorang dari usaha si mati semasa hayatnya
- Harta yang telah diberi, dijual, diwakafkan dan yang dipegang amanah oleh si mati kepada seseorang semasa hayatnya
- Khairat kematian
- Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian
- Faedah kematian /amaun tambahan KWSP
- Imbuhan, pampasan dan sagu hati
- Pencen
- Bayaran – bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial pekerja 1969 Perkeso
- Harta yang dipinjam
Kenapa Pembahagian Pusaka Perlu Disegerakan?
Pembahagian pusaka perlu disegerakan bagi menggelakkan perkara seperti berikut :
Tanggungjawab Waris Menunaikan Hak Si Mati Ke Atas Harta Pusaka
- Memakan dan menguasai harta dengan cara batil
- Hutang tidak dijelaskan dengan segera
- Wasiat tidak disempurnakan dengan segera
- Bilangan waris bertambah ramai akibat kematian berlapis
- Pembahagian yang salah akibat lupa keterangan yang sebenar
- Harta tidak terurus atau terbiar
- Urusniaga tidak dapat dijalankan
- Wang pampasan pengambilan balik tanah oleh kerajaan tidak dapat dibayar kepada waris-waris kerana masih didaftar dengan nama si mati
- Kehilangan dokumen penting seperti surat mati surat perjanjian dan sebagainya
Sebelum pembahagian harta pusaka, waris –waris wajib menyelesaikan perkara berikut :
- Membelanjakan urusan pengkebumian sekadar yang wajib sahaja
- Menjelaskan hutang si mati
- Hutang kepada Allah swt seperti Zakat, kaffarah, nazar, haji dan fidyah
- Hutang kepada manusia
- Melaksanakan wasiat si mati (jika ada) yang tidak melebihi 1/3 daripada harta peninggalannya.
Baca artikel selanjutanya: