Doktrin Al-Hijab - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Doktrin Al-Hijab

pembahagian harta

Apakah yang dimaksudkan dengan Al-Hijab?

Dari sudut bahasa hijab bermaksud pendinding atau halangan. Dari sudut syarak pula bermaksud larangan kepada sebahagian ahli waris daripada mempusakai harta pusaka, sama ada dilarang sama sekali atau dikurangkan bahagian yang dipusakai.

Keutamaan diberikan kepada ahli waris yang lebih hampir dengan pewaris untuk menerima harta pusaka. 

Al-Hijab terbahagi kepada dua iaitu Nuqsan dan Hirman. Hijab Nuqsan hanya mengurangi bahagian seseorang yang menerima pusaka manakala Hijab Hirman menghalang seseorang waris dari menerima harta pusaka.

Contoh kes Hijab Nuqsan:
Si mati meninggalkan suami, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Bahagian yang diterima suami berkurangan daripada 1/2 kepada 1/4. Ini disebabkan si mati ada meninggalkan anak.

Contoh kes Hijab Hirman:
Si mati meninggalkan saudara kandung seibu sebapa dan saudara lelaki sebapa.
Saudara lelaki sebapa akan terhalang daripada menerima pusaka dengan adanya saudara kandung seibu sebapa.

Baca Artikel Selanjutnya:
Rukun Perwarisan


 faraid mudah faham

Back To Top