Hukum Mempelajari Ilmu Faraid - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Hukum Mempelajari Ilmu Faraid

Galakan belajar ilmu faraid

Hukum mempelajari ilmu faraid adalah:

  • Fardu Ain ke atas individu Muslim yang mekalaf atau sudah akil baligh

  • Fardu Kifayah di pihak lain. Sekiranya tidak ada seorang pun yang boleh melaksanakannya, maka semua orang Islam akan menanggung dosanya.
Meninggalkan ilmu faraid tidak ubah seperti meninggalkan kewajipan-kewajipan fardu kifayah yang lain.

Sebab Turunnya Ayat Faraid.

Ada beberapa riwayat yang menceritakan sebab turunnya ayat faraid daripada surah An-Nisa' ayat 11,12 dan 176. Antaranya adalah:

Riwayat 1

Seorang isteri sahabat yang bernama Saad bin Rabi' datang menghadap Rasulullah SAW dan membawa 2 orang anak perempuannya. Dia memberitahu bahawa suaminya mati syahid dalam peperangan Uhud.

Bapa saudara kanak-kanak itu telah mengambil semua harta ayah mereka. Maka, kedua-dua anak perempuan Saad bin Rabi' tidak mendapat apa-apa pun. Rasulullah SAW mengadu hal ini kepada Allah SWT, kemudian turunlah ayat faraid tersebut.

Rasulullah SAW pun mengirimkan utusan untuk memberitahu bapa saudara kedua-dua anak perempuan Saad bin Rabi', bahawa mereka hendaklah memberi hak kepada kedua-dua anak perempuan Saad sebanyak 2/3, kepada isteri Saad sebanyak 1/8, dan bakinya untuk mereka.

Riwayat 2

Mengikut riwayat lain, ayat faraid turun untuk menyelesaikan kes Abdur Rahman bin Tsabit yang meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri bernama Ummu Kahhah dan lima orang saudara perempuan.

Kemudain, datang waris daripada pihak lelaki mengambil semua harta pusaka Abdur Rahman bin Tsabit. Maka, Ummu Kahhah mengadu hal ini kepada Rasulullah SAW, kemudian turunlah ayat tersebut.


Baca Artikel Selanjutnya:
Ahli Waris Di Bawah Hukum Faraid.


Buku faraid mudah faham
Back To Top