Zakat Pemangkin Ekonomi Islam |
Zakat Adalah Satu Sistem Kebajikan Yang Ditetapkan Oleh Allah.
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang wajib dipatuhi oleh umat Islam. Amatlah besar peranan zakat dalam kehidupan sosial masyarakat kerana ia dapat membantu memperbaiki taraf kehidupan masyarakat yang memerlukan bantuan dari segi keperluan harian, ilmu dan sebagainya.
Zakat dilihat dapat berfungsi sebagai agen pembasmi kemiskinankerana dengan hasil kutipan zakat yang diperoleh itu, golongan asnaf zakat dapat menerima manfaat yang sepatutnya mereka peroleh.
Zakat wajib bagi umat Islam |
Apa itu Zakat?
Zakat dari sudut bahasa ialah suci, bersih dan bertambah. Zakat dari sudut istilah ialah mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu kepada asnaf yang berhak dengan syarat-syarat yang tertentu.
Syarat Wajib Zakat
1. Islam - Zakat difardhukan ke atas pemilik harta yang beragama Islam sahaja. Orang kafir tidak difardhukan menunai zakat, bahkan zakat mereka tidak sah jika ditunaikan kerana zakat mempunyai ciri-ciri ibadat.
2. Merdeka - Individu yang bebas dan merdeka kerana dia mempunyai kuasa pemilikan atas harta.
3. Pemilikan Sempurna - Milik sempurna bermaksud “Pemilikan seseorang terhadap harta secara sah sepanjang haul dan mempunyai kuasa secara bebas (إ ْختِيَا ُر) untuk mengurus (َح ُّق التَ َص ُّر ِف) dan memperolehi manfaat dari harta tersebut tanpa sekatan / kawalan undang-undang dan peraturan.
4. Cukup Haul - Haul ialah tempoh setahun (12 bulan) masihi@hijri pemilikan kekal harta zakat oleh seseorang. Namun, ada harta tertentu tidak diwajibkan syarat haul seperti zakat biji-bijian, buah-buahan, galian dan harta karun.
5. Cukup Nisab - Nisab ialah kadar minimum pemilikan sesuatu harta yang mewajibkan zakat ke atas harta itu. Nisab bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. GABUNGAN NISAB ialah setiap harta yang mempunyai persamaan jenis hendaklah digabungkan hartanya untuk kecukupan nisab.
Berapakah kadar zakat yang perlu dikeluarkan?
Kadar Zakat Yang Dikenakan |
Surah at-Taubah 9:60 - perihal golongan asnaf |
1) Fakir miskin
2) Amil zakat
3) Muallaf
4) Hamba
5) Orang yang berhutang6) Fisabilillah
7) Orang yang bermusafir
8 golongan asnaf |
Zakat terbahagi kepada dua iaitu:
2 jenis Zakat |
ii. Zakat Harta yang merangkumi :
- Zakat Pendapatan
- Zakat Emas Dan Perak
- Zakat Perniagaan
- Zakat Saham
- Zakat KWSP
- Zakat Pertanian
- Zakat Ternakan
Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan .
❖ Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
• Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.• Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.• Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.• Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
❖ Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada lima :
• Waktu Wajib :
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
• Waktu Paling Afdal :
Sebelum sembahyang Hari Raya
• Waktu Sunat :
Sepanjang bulan Ramadhan
• Waktu Makruh :
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
• Waktu Haram :
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Zakat Harta
Zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita.
Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.
"(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka itulah orang-orang yang mendapat kelebihan dan mereka itulah juga yang berjaya."
(Surah At-Taubah, Ayat 88)
❖ Syarat jenis harta yang dikenakan
• Pemilikan harta yang sempurna• Harta itu harta yang berkembang• Mencapai kadar nisab• Cukup tempoh haul iaitu setahun
JENIS-JENIS ZAKAT HARTA
1. Zakat Pendapatan
Terdapat dua kaedah mengira zakat pendapatan iaitu:
- 2.5% atas semua pendapatan setelah ditolak had kifayah dan tolakan yang dibenarkan.
- 2.5% atas semua pendapatan kasar.
2. Zakat Perniagaan
- 2.5% atas aset semasa bersih yang diselaraskan.
3. Zakat Simpanan
- 2.5% atas baki terendah dan melibihi nisab yang tersimpan selama setahun setelah ditolak faedah.
4. Zakat Saham
- 2.5% atas harga semasa (nilai pasaran) semua saham yang dimiliki pada hujung haul dan keuntungan tunai pada sepanjang haul yang diambil oleh pelabur.
5. Zakat KWSP
- Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna)
2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat.Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab. Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab, hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain.
- Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna)
2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan.
Dengan itu,tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP
6. Zakat Emas
- Emas perhiasan wanita ialah emas yang digunakan sebagai perhiasan di badan. Kiraan zakat emas perhiasan ini adalah 2.5% atas lebihan daripada uruf. Kadar semasa untuk uruf emas perhiasan (yang dikecualikan zakat) ialah 800 gram.
- Emas bukan perhiasan ialah emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan sama ada dalam bentuk mata wang simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya. Kiraan zakat emas bukan perhiasan adalah 2.5% atas keseluruhan nilai emas, jika melebihi nisab 85 gram.
7. Zakat Perak
- 2.5% atas perak yang dipakai atau disimpan sama ada menyamai atau melebihi 595 gram yang mengikut harga semasa.