Harta yang boleh diwasiatkan - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Harta yang boleh diwasiatkan

Harta yang boleh diwasiatkan
Harta yang boleh diwasiatkan ialah:
(a) harta alih seperti kenderaan, wang tunai, wang
simpanan, barang kemas, syer, insurans, liutang dan
lain-lain.
(b) harta tak alih seperti rumah, tanah, bangunan dan lain-lain.

Kadar harta yang boleh diwasiatkan:
(a) tidak boleh melebihi kadar 1 /3 daripada jumlah
keseluruhan harta pusaka
(b) perlu mendapat persetujuan ahli waris selepas
meninggal dunia sekiranya melebihi kadar 1 /3.

Orang yang digalakkan berwasiat:

  • orang yang berharta
  • orang yang lanjut usia
  • orang yang tidak berkahwin
  • orang yang mempunyai anak angkat
  • orang yang berhutang
  • orang yang tiada waris
  • mualaf


Keutamaan Pentadbiran Harta Pusaka
1.   Perbelanjaan Pengurusan Jenazah
2.   Menyelesaikan Tanggungan Hutang – Agama
3.   Menyelesaikan Tanggungan Hutang – Manusia
4.   Pembahagian Harta Sepencarian
5.   Menunaikan Wasiat (jika anda membuat arahan berwasiat kepada bukan waris seperti badan amal makisma 1/3 dari harta anda)
6.   Pembahagian Kepada Waris

*Pembahagian kepada waris anda akan dilakukan selepas 5 perkara di atas diselesaikan terlebih dahulu.  Ini kerana menurut wasiat Islam hutang tidak akan langsai sekalipun anda sudah meninggal dunia. Menyelesaikan hutang dengan Allah dan manusia menjadi keutamaan pentadbiran wasiat.

Bahagian Penting Dokumen Wasiat

  • Nasihat dan pesanan yang baik kepada isteri/suami , anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
  • Nama isteri/suami, anak-anak dan ahli waris.
  • Pengagihan harta dan hutang yang dimiliki semasa hidup.
  • Arahan untuk melunaskan segala hutang
  • Menyatakan hasrat pengagihan harta kepada insan yang disayangi atau tujuan kebajikan.
  • Pelantikan Wasi/Pentadbir, Pemegang Amanah dan Penjaga bagi anak di bawah umur.
  • Arahan Pewasiat terhadap perbelanjaan yang diperlukan untuk mentadbir harta pusaka. Pewasiat boleh menyatakan larangannya supaya tidak menggunakan hartanya bagi tujuan yang tidak bermanfaat kepada dirinya dan waris-waris yang ditinggalkan.
  • Dokumen Wasiat mesti ditandantangani oleh Pewasiat dan disaksikan oleh 2 orang saksi yang berkelayakan. Ini bagi mengelakkan pertikaian kesahihan dokumen Wasiat selepas kematian Pewasiat. Jangan tunggu lagi sila hanta mesej anda kepada Perunding Wasiat Islam kami yg profesional sekarang.


Perlaksanaan Wasiat
Perlaksanaan wasiat akan dilakukan sebaik sahaja pewasiat meninggal dunia. Ia bermula dengan pihak Wasi membacakan dokumen wasiat kepada semua waris benefisiari dan yang ada hubungan dengan simati.
Back To Top