Peranan Wasiat - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Peranan Wasiat

Tadbir Pusaka Melalui Wasiat

Mengapa Wasiat Itu Penting?

Berwasiat merupakan suatu tindakan mulia untuk menzahirkan keinginan Pewasiat terhadap pembahagian harta yang dikumpul semasa hidup. Perwarisan harta yang dirancang melalui wasiat dapat diagihkan untuk tujuan kebajikan dan kepada keluarga yang tersayang selepas kematian.

Peranan Wasiat

  • Memudahkan urusan pengagihan harta kepada waris yang berhak.
  • Mengarahkan wasi/pentadbir mengagihkan harta dan hak-hak anda menurut kemahuan anda.
  • Mempercepatkan proses pengagihan harta kepada 3-6 bulan berbanding antara 2-10 tahun tanpa wasiat.
  • Membolehkan wasi/pentadbir menyelesaikan hutang anda.
  • Mengelakkan atau mengurangkan kemungkinan pertelingkahan antara waris.
  • Meringankan beban waris anda selepas kematian anda.
  • Mengelakkan harta anda dibekukan dalam tempoh masa yang lama.
Wasi atau Pentadbir (juga di kenali sebagai Executer) ialah yang dilantik oleh penulis wasiat untuk melaksanakan arahan dalam wasiat selepas kematiannya.  Wasi boleh terdiri dari individu atau organisasi pentadbiran harta pusaka seperti Amanah Raya Bhd atau as-Salihin Trustee Berhad.

Tanggungjawab syarikat Trustee sebagai Wasi

  • Memohon Geran Probet di Mahkamah Tinggi
  • Mengenalpasti harta dan hutang simati
  • Melunaskan hutang dan memastikan cukai dibayar serta pemulangan cukai difailkan dengan teratur
  • Membahagikan harta mengikut arahan yang diberikan dalam Wasiat (bagi yang bukan beragama Islam)
  • Membahagikan harta mengikut Hukum Faraid kepada waris yang berhak dan benefisiari yang telah ditentukan oleh simati dalam dokumen Wasiat (bagi yang beragama Islam).


Benefisiari
Benefisiari (beneficiary) ialah pihak yang akan mendapat manafaat dari arahan pembahagian harta anda.  Ia boleh terdiri dari kalangan waris atau bukan waris anda.  Bukan waris seperti anak angkat, badan amal/kebajikan dan lain-lain.

Waris

Waris ialah orang yang mempunyai hubungan pertalian darah dengan penulis wasiat seperti isteri, anak-anak, kedua ibubapa dan mereka2 yang mendapat manafaat menurut hukum faraid.
Back To Top