Perancangan Harta Pusaka - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Perancangan Harta Pusaka

Pengenalan



Islam amat mengambil berat tentang persoalan harta dalam kehidupan manusia. Harta dianggap sebagai satu amanah oleh Allah yang mesti diuruskan dengan baik dan sesempurna berdasarkan peraturan dan hukum Allah S.W.T. Pengurusan harta sebagai bekalan kehidupan di akhirat mesti diurus dan dirancang semasa seseorang itu masih hidup lagi. Harta dunia ini adalah milik Allah S.W.T. dan kita hanyalah pemegang amanah yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mentadbirnya sebaik mungkin mengikut syariat Islam.

Perancangan harta pusaka ialah sebarang usaha dan rancangan persediaan yang perlu dan wajar dilakukan bagi membahagikan dan mengagihkan harta-harta yang dimiliki oleh pemilik harta kepada para waris ataupun bakal penerima harta yang lain apabila pemilik harta meninggal dunia. Perancangan pembahagian ini dibuat semasa pemilik harta masih hidup.

Harta pusaka yang tidak dituntut merupakan salah satu masalah ekonomi orang Islam yang semakin meruncing. Kesannya, harta tersebut akan terbeku dan memerlukan masa yang panjang untuk mencairkannya. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana Islam telah menetapkan pembahagian harta mengikut hukum faraid.

Harta pusaka tidak dituntut merupakan satu perkara yang merugikan umat Islam kerana mereka tidak dapat menikmati harta yang ditinggalkan. Masalah harta pusaka ini menyebabkan harta tersebut terbeku dan tidak dapat dibangunkan bagi tujuan pembangunan ekonomi waris-waris. Hal ini disebabkan apabila sesuatu harta tersebut diisytiharkan sebagai beku, maka ia memerlukan pelbagai prosedur dan mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikannya.

Mengurus dan merancang harta adalah sangat digalakkan di dalam Islam. Di dalam sesetengah keadaan, pengurusan harta pusaka bukan lagi merupakan satu pilihan tetapi adalah satu keperluan terutama apabila wujud keadaan di mana pelaksanaan sesuatu perkara itu wajib kita tunaikan. Dalam konteks ini, Islam membenarkan kita untuk melupuskan harta atau memberi manfaat kepada orang-orang tertentu melalui instrumen wasiat dan hibah. Walaubagaimanpun pelaksanaan kedua-dua instrumen ini adalah tertakluk kepada hukum syarak dan tidak boleh sewenang-wenangnya digunapakai apatah lagi ianya mungkin akan mengundang kekeliruan dan perbalahan di kalangan ahli keluarga yang terdekat.

Realiti zaman kini, ramai antara kita yang memandang remeh isu pembahagian harta pusaka dan penyediaan surat wasiat. Apabila berlaku kematian, mereka membahagikan harta pusaka mengikut logik akal masing-masing. Natijahnya, ada pihak yang tidak berpuas hati, dan akhirnya menimbulkan perbalahan di sana sini dan lain-lain.


*Tahukah Anda?

Ramai orang Islam menyangkakan bahawa hartanya akan diagih secara terus kepada ahli waris mengikut FARAID apabila mereka meninggal dunia. MALANGNYA, ITU TIDAK BENAR!!!


Ingin mendapat khidmat nasihat merancang harta pusaka?

Boleh hubungi atau whatsapp saya 👇

Syaihan - 012.672.7957
syaihan@gmail.com

Baca artikel seterusnya:
Apakah Yang Dimaksudkan Sebagai Harta Pusaka?


wasiat mudah faham
Buku kedua hasil tulisan Pn Norhanisah (penulis faraid mudah faham)

Buku ini mengandungi 110 mukasurat padat tentang wasiat dan pemahaman tentang wasiat:

> 37 carta infografik mudah faham
> 35 penjelasan salah faham wasiat
> panduan menulis wasiat
> kelebihan berwasiat muslim


Back To Top