Jika tidak merancang awal |
Antara perkara yang perlu kita ketahui bagi merancang harta pusaka adalah:-
- Kenal pasti status diri
- Ketahui waris yang berhak menerima pusaka
- Ketahui nisbah faraid bagi setiap waris
- Pilih instrumen Perancangan Harta Pusaka yang sesuai.
1) Kenal pasti status diri
- Orang yang berharta dan banyak hutang, ataupun banyak rangkaian perniagaan.
- Orang yang banyak memiliki akaun di bank-bank dan banyak memiliki akaun bersama.
- Orang yang lanjut usia dan belum berkahwin.
- Orang yang tiada zuriat.
- Orang yang tiada anak lelaki dan ramai anak perempuan.
- Anak angkat ataupun mempunyai anak angkat.
- Mualaf yang belum berkahwin.
- Ibu atau bapa tunggal.
- Orang yang berpoligami.
- Mempunyai anak yang tidak sah taraf.
- Mempunyai anak yang dibinkan dan seumpamanya.
2) Ketahui waris yang berhak menerima pusaka
Siapakah waris yang benar-benar berhak menerima pusaka selepas kematian, iaitu siapakah yang masih hidup tatkala kita telah meninggal dunia.
- Isteri? atau Suami?
- Ibu? atau Bapa?
- Anak lelaki? atau Anak perempuan?
- Saudara lelaki kandung? atau Saudara perempuan kandung?
- Datuk? atau Nenek?
3) Ketahui nisbah Faraid bagi setiap waris.
Roda Faraid |
4) Pilih instrumen Perancangan Harta Pusaka yang sesuai.
Kita disarankan untuk memilih mana-mana instrumen perancangan pusaka yang bersesuaian. Contohnya seperti:
- Takaful/Islamic Unit Trust
- Harta sepencarian
- Hibah
- Wasiat/wakaf/sedekah (amal jariah)
- Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka
Mengapa perlu melalui proses ini? Sila klik page seterusnya...