Apakah Itu Faraid? - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Apakah Itu Faraid?

Apa itu faraid?

Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan. Faraid adalah undang-undang pewarisan harta pusaka Islam. Pembahagian yang ditentukan oleh Hukum Syarak untuk orang tertentu. Bahagiannya telah disebut secara nyata dalam surah an-Nisa ayat 11-12 & 176. Satu tatatcara pembahagian yang telah ditetapkan sebagai satu jalan penyelesaian dalam pembahagian harta Umat Islam.

Kenapa anda perlu memahami faraid?

  1. Asas - Ia adalah pengetahuan asas kepada Perancangan Harta Pusaka Islam.

  2. Beza - Ia membezakan antara perancangan harta bagi orang Islam dan bukan Islam.

  3. Penting - Ia adalah sangat penting bagi kes kematian berwasiat dan tidak berwasiat.

  4. Tahu -  Ia membantu umat Islam akan tahu bagaimana hartanya akan dibahagikan selepas kematiannya.
Sebelum anda membuat perancangan harta pusaka, perlulah kembali kepada asas pembahagian harta pusaka ini, iaitu FARAID. Setelah anda memahami Faraid, barulah anda boleh merancang bagaimana harta pusaka anda hendak dibahagi-bahagikan kepada waris atau bukan waris.

Di dalam Al-Qur'an, cara pembahagian harta pusaka ataupun faraid adalah yang paling jelas dan terperinci. Ianya cukup jelas untuk difahami dan dibuat pengiraannya. Seseorang yang mahir dalam matematik kebiasaannya akan dapat memahaminya dan seterusnya menguasai kaedahnya dalam masa yang amat singkat.  Pembahagian harta pusaka secara faraid merupakan  satu cara pembahagian yang paling adil dan penuh hikmah.


Hukum Faraid

1. Waris Yang Sah Dan Layak:

Menurut istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti
•  Anak
•  Isteri
•  Suami
•  Ibu, Bapa dan Lain-lain

2. Syarat - Syarat Mewarisi:

  • Kematian pewasiat (simati)

  • Waris hidup pada masa kematian pewasiat

  • Tiada perhubungan lain yang boleh menghalang kepada perwarisan.

3. Faktor - Faktor Penting Faraid:

  • Siapa mewarisi?

  • Berapa bahagian perwarisan?

Apa kaitan Faraid dengan Perancangan Harta Pusaka?

Satu soalan yang bagus. 

Apabila anda telah melihat pembahagian setiap waris akan dapat, maka anda bolehlah meletakan hasrat-hasrat anda di dalam dokumen wasiat. Hasilnya, jika semua waris and bersetuju dengan hasrat tersebut (contoh: rumah hendak dibahagi samarata antara anak-anak), maka pihak Wasi (pentadbir) akan melakukan pembahagian harta pusaka anda menurut hasrat-hasrat tadi. Manakala jika terdapat penentangan dari semua atau salah seorang waris, maka pembahagian mengikut Faraid akan terpakai.



buku faraid mudah faham


Back To Top