Penulisan Wasiat |
- memberi pemilikan harta atau manfaat selepas kematian secara sukarela
- suatu pemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain sama ada benda, hutang atau manfaat untuk dimilikioleh penerima wasiat akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat.
Manakala tafsiran "wasiat" menurut Enakmen Wasiat
Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 berbunyi:
- "wasiat" ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati".
Wasiat berkuatkuasa selepas kematian. Oleh itu, wasiat boleh dipinda seberapa kali oleh pewasiat semasa hayatnya.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W
Dan dalam hadis lain Rasulullah SAW menyatakan lagi:
"Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat, maka dia mati di atas jalan ini dan sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampun." -Riwayat Ibnu Majah-
"bukanlah seorang muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan, untuk tidur dua malam kecual wasiatnya sudah tertulis dan disimpan dibawah kepalanya." -Sahih Al-Bukhori-
"orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat" -Riwayat Ibnu Majah-