Memiliki pelan perlindungan hayat untuk diri sendiri atau mereka yang tersayang dapat membantu anda daripada segi kewangan ketika dalam kesusahan. Waris anda layak menerima sejumlah wang daripada polisi anda jika anda meninggal dunia. Anda juga boleh menerima pampasan ke atas sebarang kecacatan kekal yang menimpa anda. Ini bagi memastikan keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan sementara selepas kematian anda.
Selain itu, jika sesuatu insuran itu mempunyai nilai simpanan, maka ianya menyediakan suatu pelan tabungan tambahan untuk masa hadapan sebagai sumber pendapatan apabila bersara. Juga memberi jaminan dana pendidikan anak-anak.
'Kad Perubatan' atau 'Medical Card' pula ialah satu manfaat tambahan yang melindungi kos rawatan perubatan swasta yang mungkin mahal, seperti kos kemasukan ke hospital dan pembedahan. Manfaat ini juga memastikan anda tidak perlu bimbang mengenai kos bagi mendapatkan rawatan kecemasan di hospital pakar swasta kerana segala pembayaran kos rawatan adalah 'cashless'!
Dalam memilih insuran yang sesuai, anda perlu mempertimbangkan keperluan, keutamaan dan risiko yang mungkin anda tanggung/hadapi di masa akan datang.
Apabila membuat pemilihan polisi, anda harus:
1)Memilih polisi yang sesuai dengan peringkat hidup anda
2)Memahami skop perlindungan yang ditawarkan polisi tersebut
3)Mengetahui apa yang akan terjadi jika anda perlu menukar polisi
4)Memberi maklumat penuh dan tepat di dalam permohonan anda
5)Pastikan premium yang anda mampu bayar dengan keperluan manfaat anda
Majikan anda mungkin telah mengambil pelan berkumpulan di mana premium akan dibayar sama ada oleh anda sendiri atau majikan anda. Anda patut mendapatkan maklumat tentang terma polisi tersebut dan skop perlindungannya. Walaupun anda mempunyai pelan berkumpulan, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan pelan individu yang mungkin lebih bersesuaian dengan keperluan anda serta untuk menjamin perlindungan insurans sekiranya anda bertukar kerjaya atau sesudah bersara nanti!
Baca: Tips Panduan Mencari Ins/Takaful