Fire Takaful |
1.0 PERKARA DILINDUNGI
Skim Takaful Kebakaran memberikan perlindungan Takaful ke atas harta-harta seperti bangunan kediaman, kedai, kompleks membeli belah, kilang perindustrian dan apa jua bentuk premis perniagaan dan kandungannya
2.0 MANFAAT
Sijil ini akan membayar gantirugi ke atas harta tersebut mengikut nilai harta yang musnah atau menggantikan harta tersebut yang musnah disebabkan oleh kebakaran atau kilat/petir
3.0 PERIL BERSEKUTU (Allied Perils)
Perlindungan Takaful ini boleh dilanjutkan dengan sumbangan tambahan bagi melindungi kerugian akibat berikut:
a) Rusuhan dan pemogokan, perbuatan niat jahat
b) Kejatuhan pesawat udara, dan lain-lain peralatan udara dan/atau barang-barang yang jatuh daripadanya
c) Perlanggaran ke atas bangunan atau harta benda yang dilindungi oleh sebarang kenderaan jalanraya bukan kepunyaan atau di bawah jagaan Peserta
d) Pecahan atau limpahan air tangki, peralatan atau paip-paip air di dalam bangunan yang dilindungi
e) Angin ribut, taufan
f) Puting beliung, siklon dan gempa bumi
g) Banjir
h) Pergerakan dan gelinciran tanah (subsidence & landslip)
i) Letupan
Terdapat lain-lain Peril Bersekutu yang boleh dipertimbangkan oleh Syarikat.
Sebarang penambahan Peril Bersekutu perlu mendapat kelulusan/kebenaran daripada syarikat.
4.0 PENGECUALIAN MANFAAT
Skim ini tidak melindungi kejadian berikut:
a) Kerugian yang disebabkan oleh kecurian semasa atau selepas kebakaran.
b) Di mana harta musnah akibat pemanasan atau proses pengeringan
c) Pembakaran harta yang diarahkan oleh mana-mana pihak yang berkuasa
d) Kebakaran bawah tanah
e) Kerugian atau kerosakan yang disebabkan pencemaran oleh bahan radioaktif dan sisa nuklear
f ) Kerugian atau kerosakan disebabkan pencemaran
g) Kerugian atau kerosakan disebabkan peperangan, penaklukan oleh pihak musuh asing, operasi perang (diisytihar atau tidak) dan peperangan saudara
h) Dahagi, rusuhan, pemberontakan, rampasan kuasa, pemerintahan tentera atau perkara yang menyebabkan ia diisytiharkan
Skim ini juga tidak memberi perlindungan daripada kejadian berikut kecuali dinyatakan di dalam Sijil
a) Harta orang lain yang di bawah kawalan atau jagaan Peserta
b) Jongkong emas, batu-batu permata yang belum ditatahkan
c) Dokumen berharga, manuskrip, pelan, lukisan, model atau acuan dan apa-apa karya seni yang bernilai lebih daripada RM500 (lima ratus
Namun demikian sekiranya perkara yang berikut berlaku, perlindungan terhadap harta tersebut luput secara otomatis kecuali pihak Syarikat diberitahu dan kelulusan didapati sebelum terjadinya kerugian atau kerosakan:-
a) Sekiranya tujuan penggunaan bangunan itu sudah berubah dan meningkatkannya risiko terhadap kebakaran
b) Sekiranya harta yang dilindungi dipindahkan ke lokasi yang lain yang tidak dinyatakan di dalam Sijil.
c) Sekiranya bangunan berkenaan terbiar tidak diurus/didiami bagi tempoh melebihi tiga puluh (30) hari
d) Sekiranya Peserta melepaskan kepentingannya terhadap harta berkenaan kepada orang lain, kecuali disebabkan meninggal dunia atau tindakan undang-undang, maka perlindungan terus ditawarkan kepada pemilik yang baru
5.0 BUTIR - BUTIR UNTUK PENGUNDERAITAN
a) Semua senarai rumah (Termasuk yang disewakan)
b) Jenis bahan binaan (Samada batu atau kayu dsb.)
c) Lokasi tempat kediaman
d) Jenis kegunaan / perniagaan
6.0 RISIKO YANG DIRUJUK
a) Kilang minyak
b) Kilang beras
c) Kilang papan/papan lapis
d) Kilang lilin
e) Kilang tembakau/rokok
f) Pondok tembakau
g) Kilang barangan plastik
h) Kilang barangan getah
i) Rumah asap getah
j) Kedai dan stor minyak petrol
k) Gudang dan kedai barangan merbahaya
l) Pengeluar barangan bersembahyang
m) Pembinaan risiko kelas III
n) Kerja letupan/bahan letupan
o) Kilang/kedai bahan kimia
p) Pengeluar bakul/buluh
q) Kilang kertas kadboard
r) Kilang kertas buangan
s) Kilang/kedai percetakan
t) Kilang pakaian/tekstil
u) Kilang tilam
v) Kilang perabot/kayu
w) Kilang cat/varnis
x) Pawagam
y) Barangan kemas, antik atau hasil kerja tangan
z) Kedai pita video
aa) Kilang plastik busa dan getah busa
7.0 RISIKO YANG DITOLAK
a) Bar, pub, disko dan karaoke
b) Pawagam
c) Rumah pertaruhan/judi
8.0 MUDHARABAH
Pada akhir tempoh Takaful sekiranya, terdapat lebihan dalam Akuan Takaful Kebakaran maka lebihan itu akan dibahagikan di antara Peserta dan Syarikat; contoh lima puluh (50) peratus untuk Peserta dan lima puluh (50) peratus untuk Syarikat sekiranya tiada tuntutan atau apa-apa manfaat diterima di bawah kontrak Takaful semasa ia berkuatkuasa.
9.0 PENENTUAN SUMBANGAN
Sila rujuk Revised Fire Tariff (berkuatkuasa 1/7/2000)
Ekses perlu dirujuk kepada Pengunderait Syarikat
10.0 PENGELUARAN NOTA LINDUNG
Sila isikan nota perlindungan dengan segala maklumat-maklumat yang diperlukan
Butiran-butiran penting dibawah tajuk 'Jenis Perlindungan' yang perlu diisi adalah seperti berikut:
Jenis Perlindungan/Type of Cover - cth:
Kebakaran
i) Perkara Dilindungi - cth: Bangunan
ii) Lokasi Harta Dilindungi - Alamat harta
iii) Jenis Binaan - cth: Kelas 1A
iv) Manfaat Tambahan - cth: Banjir