Rukun Perwarisan - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Rukun Perwarisan

rukun, faraid
Isu harta pusaka ada disebut di dalam Al-Quran

Rukun Perwarisan Dalam Faraid

1. Muwaris

  • Orang yang meninggal dunia (si mati)

2. Waris

  • Orang yang mewarisi, iaitu orang yang akan memusakai harta peninggalan si mati sama ada waris melalui hubungan darah, hubungan perkahwinan, ataupun hubungan hak perwalian dengan si mati.

3. Maurus

  • Harta yang diwarisi, iaitu harta benda yang ditinggalkan oleh si mati yang akan dipusakai oleh ahli waris selepas membiayai belanja menguruskan pengebumian, hutang piutang dan wasiat.

JADUAL PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Jadual ringkas faraid waris utama

Berikut adalah bahagian yang diperolehi oleh ahli waris mengikut syarak..

Bahagian Diperolehi Suami kepada simati
1/2 Tidak mempunyai anak ATAU
Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki
1/4 Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki

Bahagian diperolehi Isteri kepada simati
1/4 Tiada anak ATAU
Tiada cucu dari anak lelaki
1/8 Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki

Bahagian Diperolehi Anak Perempuan Simati
1/2 Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki
2/3 2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki
ASABAH BI-GHAIRIH Mempunyai anak lelaki - mendapat separuh dari bahagian anak lelaki

Bahagian Diperolehi Cucu Perempuan Anak Lelaki Simati
1/2 Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak
2/3 Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak
1/6 Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan
seorang anak perempuan
ASABAH BI-GHAIRIH Mempunyai cucu lelaki - mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki.
Terhalang disebabkan mempunyai anak lelaki ATAU 2 anak perempuan
atau lebih

Bahagian Diperolehi Bapa Simati
1/6 Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki
1/6 dan Asabah Mempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan
dari anak lelaki
ASABAH Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

Bahagian Diperolehi Ibu Kepada Simati
1/6 Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
1/3 Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU
tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
1/3 dari baki Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri

Bahagian Diperolehi Datuk kepada simati
Sama seperti bapa
Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa

Bahagian Diperolehi Saudara Perempuan Seibu Sebapa kepada simati
1/2 Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang
menjadikannya Asabah
2/3 Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya Asabah
ASABAH Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk.
Terhalang oleh disebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki

Bahagian Diperolehi Saudara Perempuan Sebapa
1/2 Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa
DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah
2/3 Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki,
saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya
Asabah
1/6 Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu
sebapa
Asabah disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk
Terhalang oleh
1. Bapa
2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung
3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai
anak perempuan dan cucu perempuan
4. Saudara lelaki kandung

Baca Artikel Selanjutnya:
Sebab Menerima Pusaka


buku faraid mudah faham

Back To Top