Undang-Undang Terpakai dalam Pembahagian Harta Pusaka di Malaysia - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Undang-Undang Terpakai dalam Pembahagian Harta Pusaka di Malaysia


Undang-Undang Terpakai dalam Pembahagian Harta Pusaka di Malaysia

1. Pusaka Kecil
  • Amanah Raya Berhad (Akta Perbadanan Amanah Raya 1995)
  • Bahagian Pusaka Kecil, Kementerian Tanah dan Galian (Akta Harta Pusaka Kecil Pembahagian 1955)

2. Pusaka Biasa melalui Mahkamah Tinggi

2.1 Akta Probet dan Pentadbiran 1959
  • Tanpa Surat Wasiat (Surat Kuasa Pentadbiran/Grant of L.A)
  • Ada Surat Wasiat (Surat Kuasa Probet/Grant of Probate)

2.2 Akta Wills Act 1996

Perintah Pembahagian Harta Pusaka

1. Seksyen Pusaka Kecil, Kementerian Tanah dan Galian

Pegawai Tadbir Daerah (PTD) hendaklah memutuskan:
  • Perlantikan penjaga (guardian)
  • Duti harta pusaka
  • Belanja pengebumian
  • Hutang si mati
  • Pembayaran balik pendahuluan oleh pemohon atau lain-lain waris (belanja pengebumian)
  • Pembahagian baki harta kepada waris
  • Perlantikan pemegang amanah (Dalam borang E - Perintah Pembahagian, tempoh rayuan 14 hari dari tarikh perbicaraan)

2. Amanah Raya Berhad

Penubuhan.
  • Ditubuhkan di bawah Akta Perbandaran Amanah Raya 1995 mulai 1 Ogos 1995.
  • Didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965.
  • 100 peratus milik Kerajaan Malaysia.
  • Kuasa terus pertadbiran, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.
  • Jikalau ada permohonan daripada orang yang berkepentingan, ARB sedia membuat pengakuan untuk mentadbir. ARB diperkuasa (empowered) untuk mentadbir harta pusaka tak alih bawah nilai RM600,000
  • Jika niali harta kurang dari RM50,000, ARB diperkuasakan untuk memberi arahan kepada sesiapa yang berkaitan untuk melepaskan harta tersebut kepada orang yang dirasakan berhak menerimanya.

Permohonan Surat Kuasa Melalui Mahkamah Tinggi
--> Bagi harta pusaka yang nilainya melebihi RM600,000 sama ada harta alih ataupun tak alih, maka untuk memohon Surat Kuasa melalui Mahkamah Tinggi, waris hendaklah memohon melalui:
  • Grant of letters of Administration (LA) iaitu sekiranya si mati tidak membuat Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka semasa hidup.
  • Grant of Probate iaitu sekiranya si mati ada membuat Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka semasa hidup.

Back To Top