Pri-Emas (Amanah Usia Emas) - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Pri-Emas (Amanah Usia Emas)

Kita sentiasa mengharap untuk hidup lebih lama…
Kita membayangkan untuk berjaya sepanjang usia kita …
Kita mahu menjadi kaya dan berkuasa terhadap harta milik kita …

WALAUBAGAIMANAPUN...

Pastikah semua kejayaan, kekayaan dan kuasa untuk menguruskan
harta kita kekal sehingga akhir hayat?

MALANGNYA...

Kita mungkin akan menghadapi musibah yang mengakibatkan
Ketidakupayaan mental atau fizikal yang boleh menghilangkan kuasa
Kita untuk menguruskan harta milik kita.

as-Salihin menyediakan satu penyelesaian terhadap permasalahan ini melalui Pri-Emas.

Amanah Usia Emas atau Pri-Emas merupakan produk eksklusif yang disediakan oleh as-Salihin yang membolehkan seseorang melantik as-Salihin untuk menguruskan harta beliau apabila berlaku ketidakupayaan mental dan fizikal padanya.

Dengan Pri-Emas seseorang memberi kuasa kepada as-Salihin untuk mengendalikan harta alih pada masa berlakunya ketidakupayaan mental dan fizikal tersebut untuk kepentingan diri sendiri dan orang-orang yang tersayang.
Back To Top