Pembahagian Harta Pusaka Di Malaysia - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Pembahagian Harta Pusaka Di Malaysia

Pembahagian harta pusaka di Malaysia dibahagikan kepada dua bahagian ataupun dua bentuk:-

Carta pentadbiran harta pusaka

1) Harta pusaka kecil
  • Harta alih sahaja yang bernilai RM2 juta dan ke bawah.
  • Harta alih dan harta tak alih bernilai RM2 juta dan ke bawah.
2) Harta pusaka biasa
  • Harta alih sahaja yang melebihi RM600K dan ke atas.
  • Harta alih dan harta tak alih yang melebihi RM600K dan ke atas.

Harta Pusaka Kecil
Bahagian Pusaka Kecil (Pejabat Tanah Daerah berkenaan)
  • Bagi harta alih dan harta tak alih yang nilainya RM2 juta dan ke bawah, waris boleh membuat pengurusannya di Pejabat Pusaka Kecil (Petadbir Tanah Daerah) di daerah berkaitan ataupun di daerah di mana nilai harta paling tinggi.
Amanah Raya Berhad
  • Harta alih sahaja yang nilainya RM600K dan ke bawah, maka waris boleh terus membuat pengurusannya di Amanah Raya Berhad.
  • Waris yang ingin menuntut hart alih yang nilainya menyamai RM600K atau ke bawah seperti wang ASB yang berjumlah RM15K (yang tiada penama) kebiasaannya waris dikehendaki membuat urusan terus melalui Amanah Raya Berhad.
  • Sekiranya waris ingin menuntut harta tak alih yang nilainya menyamai RM600K atau ke bawah, kebiasaannya waris dikehendaki membuat urusan terus melalui Pejabat Pusaka Kecil di daerah berkenaan.

Harta Pusaka Biasa
Mahkamah Tinggi.
  • Harta alih sahaja yang nilainya RM600K dan ke atas. Waris perlu terlebih dahulu mendapatkan surat kuasa tadbir di Mahkamah Tinggi yang berkaitan. Ini adalah proses yang mesti dilalui.
  • Jika harta alih dan harta tak alih yang nilainya RM600K dan ke atas, waris perlu terlebih dahulu mendapatkan surat kuasa tadbir di Mahkamah Tinggi yang berkaitan.
  • Bagi mendapatkan surat kuasa tadbir di Mahkamah Tinggi, waris perlu diwakili oleh seorang peguam yang tahu dan mahir tentang selok belok masalah yang berkenaan. Ini bermakna, untuk memulakan proses tuntutan harta pusaka, ketahui terlebih dahulu:
                 1) Jenis-jenis harta pusaka (harta alih dan harta tak alih)
                 2) Pembahagian harta pusaka (pusaka kecil dan pusaka
                     biasa)
                 3) Pengurusan pembahagian harta pusaka sama ada
                     melalui Amanah Raya Berhad, Pejabat Pusaka Kecil
                     ataupun Mahkamah Tinggi.

Proses urus harta pusaka
Di manakah tuntutan harta pusaka boleh dibuat?
1) Harta pusaka kecil
  • Bahagian Pusaka Kecil (Pejabat Tanah Daerah berkenaan)
  • Amanah Raya Berhad
2) Harta pusaka biasa
  • Mahkamah Tinggi
Back To Top