Syarat Mendapat Pusaka - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Syarat Mendapat Pusaka

Syarat Mendapat Pusaka

Carta hak mewarisi

1. Mati pewaris (si mati)
  • Mati Hakiki (benar-benar mati). Dapat dibuktikan dengan Surat Akuan Mati ataupun Permit Pengebumian
  • Mati Hukmi (seperti orang hilang dan tidak diketahui hidup ataupun mati). Ia hendaklah dibuktikan dengan anggapan kematian yang dikeluarkan oleh mahkamah mengikut seksyen 108 Akta Keterangan 1950 selepas tujuh tahun dari tarikh kehilangannya.
2. Waris hidup
  • Ada ahli waris yang hidup semasa kematian pewaris. Ahli waris adalah orang yang akan menerima harta pusaka si mati dan hendaklah memenuhi salah satu sebab perwarisan sama ada pertalian darah, perkahwinan atau agama.
3. Tidak terhalang oleh waris yang lain
  • Ada waris yang mempunyai keistimewaan untuk menghalang atau mengurangkan bahagian yang diperolehi oleh waris yang lain. Selagi tidak ada waris lain yang menghalang maka seseorang itu boleh mendapat pusakanya.
4. Tidak ada halangan yang mencegah waris untuk menerima pusaka seperti:
  • Ahli waris yang akan mewarisi hendaklah tidak dilarang mewarisi harta pusaka berdasarkan hukum syarak seperti:
  1. 'Adm al-istihlal: Bayi yang lahir mati dan tidak disembahyangkan jenazahnya;
  2. Syak iaitu keraguan tentang nasab;
  3. Li'an iaitu pasangan yang telah diharamkan untuk hidup bersama selamanya. Anak yang dilahirkan hanya mewarisi pusaka ibunya;
  4. Kafir iaitu tidak mewarisi antara orang Islam dan bukan Islam;
  5. Zina iaitu anak luar nikah tidak mewarisi harta pusaka bapanya tetapi mewarisi harta pusaka ibunya; atau
  6. Pembunuhan dalam keadaan ahli waris yang membunuh pewarisnya sama ada sengaja, separuh sengaja atau tidak sengaja berdasarkan pandanganMazhab Shafi'i.

 faraid mudah faham

Back To Top