Harta Sepencarian |
Makluman pemberian kadar harta sepencarian oleh suami atau isteri ke atas pasangannya adalah berdasarkan tahap sumbangan yang pernah diberikan ke atas harta yang diperoleh bersama sebagai lambang kasih sayang kepada pasangan hidup. Kebiasaannya, ia ditentukan ketika pasangan isteri atau suami bercerai, kematian atau poligami. Bahagiannya tidak ditentukan di bawah hukum syarak namun kebiasaannya tidak melebihi 1/2 daripada keseluruhan harta.
salah satu isu harta sepencarian |
Kadar Tuntutan Harta Sepencarian
Tuntutan ini perlulah dibuat barulah harta sepencarian itu boleh dibahagikan.
Ada beberapa situasi tuntutan harta sepencarian ini berlaku.
- Apabila berlaku penceraian – bila berlaku penceraian, isteri tidak menuntut sebarang harta dari suaminya kecuali harta sepencarian.
- Apabila berlaku kematian – satu cara isteri hendak mendapat lebih daripada 1/8, katakan 50% ialah melalui tuntutan harta sepencarian di mahkamah.
- Apabila berlaku poligami – ini penting apabila, isteri pertama akan merasakan kedudukannya terancam. Suami mungkin lebih menyayangi isteri kedua dan akan membahagi harta kepada isteri kedua dan melupakan isteri pertama.
Ciri-ciri Harta Sepencarian
- Berkuatkuasa serta-merta
- Pemberian lebih bahagian kepada suami atau isteri
- Menyenangkan pembahagian harta di antara suami dan isteri.
Syarat Untuk Harta Sepencarian
- Harta diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan
- Bukan harta amanah atau Hibah
- Harta diperolehi adalah sumbangan bersama kedua-dua pihak.
Hikmah Harta Sepencarian
- Menggalakkan suami isteri berusaha bersama-sama dalam memikul tanggungjawab rumah tangga dan tidak hanya meletakkan beban sesuatu tugas pada satu pihak sahaja.
- Menggalakkan budaya ta'awun (bantu membantu) antara suami dan isteri, serta dapat meningkatkan lagi mata percarian dan pendapatan isi rumah.
- Memberikan keadilan kepada suami isteri agar dapat memiliki harta yang diperolehi daripada hasil penat lelah mereka mengurus rumah tangga bersama jika berlaku penceraian.
- Membantu kedua-dua pihak suami isteri dalam membina kehidupan baru selepas berlaku perceraian dengan berbekalkan harta sepencarian yang mereka miliki.
Jom miliki buku Harta Sepencarian ini sebagai rujukan anda.
Buku Harta Sepencarian |