Kenapa as-SalihinTrustee Berhad? - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Kenapa as-SalihinTrustee Berhad?

as-Salihin Trustee Berhad
as-Salihin, adalah sebuah syarikat amanah dibentuk di bawah Akta Syarikat 1965 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949. as-Salihin ditubuhkan untuk memenuhi keperluan umat Islam untuk memelihara, melindungi dan mengagih harta hasil titik peluh umat Islam untuk memberi manfaat kepada orang yang tersayang apabila mereka sudah tiada kelak. Matlamat as-Salhin adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh berkaitan perancangan harta pusaka yang berlandaskan prinsip Syariah.


Lokasi pejabat HQ - Kelana Jaya

MENGAPA PILIH KAMI?

1. Berkekalan/Berterusan
as-Salihin adalah sebuah syarikat amanah dan sebuah syarikat yang berterusan. Dengan kakitangan sepenuh masa, akan sentiasa memastikan kesinambungan dalam proses pentadbiran hingga pembahagian harta yang terakhir.
2. Bertanggungjawab dan adil
Tidak seperti pemegang amanah individu, as-Salihin sebagai badan yang dikawal oleh undang-undang mesti memastikan wang yang diamanahkan diurus, dijaga serta diagihkan dengan baik. Selain itu, sebagai badan korporat, as-Salihin bebas dan adil kepada semua benefisiari berbanding pemegang amanah individu yang mungkin mempunyai hubungan serta terikat dengan emosi terhadap benefisiari.
3. Professional dan Kemampuan
Dengan melantik as-Salihin , anda pasti berpuas hati dengan profesional dan kemampuan untuk menjalankan keseluruhan pentadbiran pada kos yang berpatutan.
4. Pengecualian daripada Bon Pentadbiran
Wasi adalah individu yang dilantik di dalam Wasiat untuk mengendalikan arahan dan kehendak Pewasiat. Sekiranya berwasiat, Bon Pentadbiran diperlukan jika tiada Wasi, di mana pentadbir akan dilantik dan diberi Surat Kuasa Mentadbir dengan Wasiat. Bon Pentadbiran diperlukan jika nilai kasar harta pusaka melebihi RM50,000 kecuali Syarikat Amanah dilantik sebagai Pentadbir. Sebagai Syarikat Amanah, as-Salihin dikecualikan daripada keperluan Bon Pentadbiran.
5. Proses undang-undang yang segera
Dengan melantik as-Salihin sebagai Wasi anda, proses undang-undang untuk mentadbir harta anda selepas kematian dapat dijalankan dalam masa yang singkat dan tiada pertelingkahan untuk melantik pentadbir harta.
6. Kemudahan
Di as-Salihin kami menyediakan perkhidmatan untuk kemudahan anda - Perancang Harta Islam kami bersiap sedia membantu anda pada bila-bila masa dan di tempat bersesuaian dengan anda.
Perkhidmatan as-Salihin
Back To Top