Sebab Menerima Pusaka - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Sebab Menerima Pusaka

Sebab Menerima Harta Pusaka


1. Ikatan perkahwinan
  • Perkahwinan itu mestilah sah di sisi hukum.
  • Walaupun hanya beberapa ketika sahaja.
  • Sama ada berlaku persetubuhan ataupun tidak.
  • Pasangan yang bercerai masih boleh mendapat hak pusaka dengan syarat masih dalam idah talak raji'ie.
2. Hubungan kekeluargaan/keturunan (darah daging)
  • Ahli Furu' iaitu ke bawah seperti anak dan cucu.
  • Ahli Usul iaitu ke atas seperti bapa, ibu, datuk, nenek dan ke atas.
  • Ahli Hawasyi iaitu ahli keluarga yang dihubungkan dengan waris menyamping seperti saudara seibu sebapa, saudara sebapa, saudara seibu, bapa saudara, ibu saudara dan sebagainya.
Oleh itu, anak angkat, anak luar nikah dan anak li'an tidak termasuk dalam waris yang berhak walaupun dibinkan kepada si mati. Mereka hanya berhak menerima pusaka ibu mereka sahaja. Cara untuk memberi harta kepada mereka adalah melalui kaedah Hibah dan Wasiat.

3. Wala' - Orang yang memerdekakan hamba. Apabila seseorang membebaskan hamba, maka dia berhak mendapat pusaka daripada orang hamba tersebut.

4. Islam (baitulmal) - Apabila tiada sesiapa yang mewarisi pusaka tersebut, maka akan dikembalikan kepada baitulmal untuk manfaat orang Islam secara umum.

Baca Artikel Seterusnya:
Syarat Mendapat Pusaka


 Buku mudah faraid

Back To Top