Dilema beli rumah bersama |
Kebiasaanya, suami isteri akan membeli rumah bersama untuk kuatkan dokumen. Di SPA/SNP pula akan ada dua nama. Nama si suami dan nama si isteri. Dua-duanya mengambil MRTA/MRTT (takaful).
Sekarang
apa akan berlaku jika salah seorang meninggal dunia?
Jika
harga rumah RM600,000. Rumah itu terbahagi 2 (sebab 2 penama):
50% Si
Suami (RM300,000)
50% Si
Isteri (RM300,000)
Jika
suami meninggal dunia, 50% bahagian suami sudah tidak perlu dibiayai, kerana
takaful sudah bayarkan. Betul kan? Manakala bahagian isteri, 50% selebihnya
perlu terus dibayar oleh pihak si isteri.
Isu Yang
Timbul Selepas Kematian Salah Seorang Penama
Bahagian
si suami sudah pun menjadi HARTA PUSAKA. Jika suami masih ada mak ayah, mereka
boleh tuntut hak mereka daripada 50% tersebut.
Saya baru
dapat mesej, seorang balu yang baru kehilangan suaminya, anak ada dua. Mak dan
ayah mertua tidak mahu lepaskan hak. Mereka tetap mahukan bahagian mereka dalam
rumah. Si isteri tidak mampu bayar, kerana jumlah bahagian mereka hampir
RM140,000!
Ya,
RM140,000.
Sudahlah
harta ini saja tinggal kepada balu dan anak-anaknya. Tetapi tetap mak ayah
mertua tidak lepaskan. Bila ditanya kenapa?
“Ayah
mahu sedekah duit kepada anak yatim dan bagi anak-anak ayah.”
Gamaknya,
mertua beliau dan cucu beliau bukan anak yatim rasanya. Allah. Ini kes biasa
yang ada di Malaysia. Penunggang agama tahap tertinggi. Ini baru mak ayah
mertua, bagaimana pula kalau dengan adik-beradik mertua?
Di
sinilah anda perlu mempelajari ilmu faraid. Kenali siapa waris faraid suami anda dan
isteri anda sekarang. Kenali perwatakannya. Namun, itu pun belum menjamin
apa-apa.
Ayah
Mertua Mahu Rumah Anak Yang Bakal Mati
Kes lain
saya jumpa, ayah mertua kata buatlah rumah di atas tanah dia. Nanti dah siap,
ayah mertua tukar nama. Tetapi sampai sekarang tak tertukar. Sudahlah si isteri
guna tunai buat rumah dengan orang kampung. Tiada hitam putih.
Sekarang
suaminya sudah lumpuh (anaknya si ayah ini) dan sudah nyanyuk kerana
kemalangan. Tiap-tiap hari ayah mertua remind menantunya, jangan tukar bil
elektrik. Sebab dia ingin rumah itu jatuh kepada dia jika anaknya sudah tiada
nanti.
Saya rasa
kasihan dengan si isteri itu. Anak sudah 4 orang. Sekarang isteri tengah
memikirkan bagaimana nak dapatkan rumah yang telah dibina dengan duitnya. Moga
Allah swt lindungi mereka dan mencukupkan rezeki mereka.
Apa Yang
Anda Perlu Buat?
Untuk
elakkan perkara di atas berlaku dan anda ingin pasangan hidup senang, tidak
mahu merempat selepas anda tiada nanti, anda perlu:
1. Buat wasiat dengan syarikat trustee
Rujukan artikel >> CARA MEMBUAT WASIAT DENGAN AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD
Rujukan artikel >> CARA MEMBUAT WASIAT DENGAN AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD
2.
Buat dokumen >> DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN atau PERJANJIAN ASET PEROLEHAN BERSAMA (PAPB)
Kebaikan PAPB
- Dengan ini harta tidak akan melalui proses perundangan yang akan melambatkan proses tuntutan.
- Bahagian-bahagian yang ada telah ditentukan dan memudahkan proses tuntutan.
- Tidak perlu melalui proses perundangan.
- Wasiat yang dibuat tidak perlu ditangguh penguatkuasaanya untuk memberi laluan kepada tuntutan harta sepencarian di selesaikan terlebih dahulu.
3. Boleh
ke saya tukar terus kepada nama isteri atau anak?
Lebih
selamat. Proses ini dibuat di Pejabat Tanah. Isi Borang 14A.
Jawapannya:
Tidak
juga, kerana jika isteri mati warisnya juga boleh menuntut hak. Jika tukar
kepada nama anak, anak pula mati awal daripada mak ayah.
Jika anak
itu sudah berkahwin, sudah ada waris lain yang berhak. Contohnya, isteri atau
suaminya.
Penyelesaian
Terbaik?
Penyelesaian
yang terbaik ialah buatlah perancangan sekarang. Samada berwasiat, PAPB atau pun Pri-Hibah, ianya bergantung mengikut situasi atau keadaan permasalahan anda.
Kebanyakan yang ramai sangat
jumpa saya ialah mereka yang telah menghadapi masalah sebegini.
Merasai
keperitan keluarga retak kerana harta. Beza orang merasai dan tahu. Yang
merasai sudah tentu tidak mahu warisnya susah begini. Yang tahu hanya tenang
sahaja.
Alangkah
sedihnya. Kita sudah berada di taman-taman syurga. Tetapi waris kita berada di
neraka dunia. Merempat kerana tiada lagi rumah untuk berehat dan bersuka ria.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buku Harta Sepencarian (RM12) |
Keistimewaan Buku Harta Sepencarian Ini
1) Mengupas tujuan wujudnya konsep dan amalan harta sepencarian bagi menjamin hak-hak yang boleh dituntut oleh pasangan suami isteri apabila berlakunya perkara- perkara di luar jangkaan.
2) Melalui ilmu dalam buku ini, suami atau isteri boleh menuntut harta sepencarian sebelum harta faraid dibahagikan kepada mereka yang berhak mengikut bahagian yang telah ditetapkan.
3) Perkongsian penulis diolah dengan ringkas dan mudah difahami berserta contoh-contoh realiti yang berlaku dalam masyarakat.