Memilih Instrumen Perancangan Pusaka - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Memilih Instrumen Perancangan Pusaka

pentadbiran harta pusaka
Pentadbiran Harta Pusaka
Pilihlah instrumen perancangan pusaka yang sesuai, seperti:-
1) Sekiranya banyak hutang atau ada hutang, maka ambillah
pelan Takaful (Islamic Insurance), Islamic Unit Trust ataupun seumpamanya.

2) Sekiranya ingin beramal jariah, maka buat wasiat 1/3.

3) Sekiranya tiada anak lelaki dan yang ada cuma anak-anak perempuan, lakukan hibah.

4) Sekiranya ada anak angkat, mungkin boleh buat wasiat ataupun hibah.

5) Sekiranya berpoligami, maka isytiharkan harta sepencarian untuk setiap isteri ataupun isytihar hibah.

6) Jika rasa tidak ada apa hendak dilakukan, maka buatlah surat wasiat pentadbiran pusaka iaitu melantik wasi (pemegang amanah dan pentadbir) bagi menguruskan harta pusaka kita kelak.

Mengapa perlu melalui proses ini? Antara jawapannya adalah:
i) Agar tidak tersalah dalam membuat keputusan

ii) Agar tidak tersalah dalam memilih instrumen yang berkenaan.

iii) Agar walau apa pun instrumen yang kita ambil, ia adalah yang sesuai dan terbaik untuk kita dan waris-waris.

iv) Agar kita tidak dipersalahkan oleh waris-waris, pada kemudian hari.

*Semoga tips ini berjaya memberikan idea yang bernas untuk kita memulakan perancangan harta pusaka.


Baca artikel seterusnya:
Pembahagian Harta Pusaka Di Malaysia

Back To Top