Skim Takaful Pampasan Pekerja (Workmen Compensation Takaful) - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Skim Takaful Pampasan Pekerja (Workmen Compensation Takaful)

Workmesn Compensation Takaful

1.0 PERKARA DILINDUNGI 

 

Skim Takaful Pampasan Pekerja memberikan perlindungan kecederaan tubuh badan (bodily injury) kerana kemalangan atau penyakit ke atas pekerja yang berkhidmat untuk Peserta semasa urusan perniagaan Peserta yang dipertanggungjawabkan di bawah statut/akta.


 

 

2.0 PENGECUALIAN MANFAAT 

 

Sijil ini tidak melindungi kejadian berikut:

 

 a)

Peperangan, penaklukan oleh pihak musuh asing, operasi perang dan perang saudara

 

 b)

Pekerja yang tidak diiktiraf sebagai 'Workmen' di sisi undang-undang.

 

 c)

Tanggungan yang wujud hasil daripada perjanjian sampingan

 

 d)

Apa juga kerugian di mana hak Peserta untuk menuntut dari pihak lain akan luput/hilang kerana wujudnya perjanjian Peserta  dengan pihak berkenaan

 

 e)

Kerugian   atau   kehilangan yang disebabkan oleh pencemaran bahan radio aktif atau sisa nuklear.

 

 

 

3.0 BUTIR - BUTIR UNTUK PENGUNDERAITAN

 

 a)

Jumlah pekerja, tempat dan tempoh yang dijangkakan untuk menyiapkan kontrak atau pekerjaan tersebut.

 

 b)

Jumlah yang perlu dilindungi iaitu anggaran gaji atau upah pekerja yang dibayar untuk untuk kontrak tersebut.

 

 c)

Keterangan mengenai jenis pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja tersebut.

 

4.0 RISIKO YANG DIRUJUK 

 

 a)

Pemanjat poko

 

 b)

Penebang Hutan .

 

 d)

Pengilang Papan

 

 e)

Pengendali Kuari

 

 f)

Kerja Perlombongan

 

 g)

Peledakan

 

 h)

Penggali Telaga.

 

 i)

Kelasi Kapal

 

 j)

Kerja-kerja meroboh melebihi 30 kaki dan kerja membina parit melebihi 20 kaki dalam

 

 k)

Krew Kapal Terbang

 

 l)

Kerja Peletupan/peluru

 

 m)

Nelayan

 

 n)

Risiko Pelantar Minyak

 

 o)

Kerja Pembinaan Jambatan r

 

 p)

Penyelam

 

 q)

Pemunggah Muatan Kapal

 

 r)

Kerja-kerja Pembinaan Terowong

5.0 MUDHARABAH

 

Pada akhir tempoh Takaful sekiranya, terdapat lebihan bersih dalam Dana Takaful Am maka lebihan itu akan dibahagikan di antara Peserta dan Syarikat berdasarkan nisbah yang dipersetujui di antara Peserta dan Syarikat;

lima puluh (50) peratus untuk Peserta dan lima puluh (50) peratus untuk Syarikat sekiranya tiada tuntutan atau apa-apa manfaat diterima di bawah kontrak Takaful semasa ia berkuatkuasa.


6.0 PENENTUAN SUMBANGAN

 

Wakil  dinasihatkan  agar menghubungi Pengunderait Syarikat bagi mendapatkan kadar sumbangan


7.0 PENGELUARAN NOTA LINDUNG

 

 

Sila isikan nota perlindungan dengan segala maklumat-maklumat yang diperlukan.

Butiran-butiran penting dibawah tajuk 'Jenis Perlindungan' yang perlu diisi adalah seperti berikut:

Jenis  perlindungan / Type of cover

i)   Perkara dilindungi (Sila nyatakan jenis perniagaan/kontrak yang dilaksanakan)

ii)  Lokasi (Nyatakan alamat lokasi harta dilindungi)

iii) Jumlah perlindungan - Anggaran upah tahunan

Back To Top