Apakah Hukum Wasiat? - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Apakah Hukum Wasiat?

Hukum Wasiat

  • Wajib - jika terdapat tanggungjawab Syarie yang perlu dilaksanakan seperti zakat dan haji dan dia bimbang harta berkenaan habis jika tidak diwasiatkan. Begitu juga, jika berkaitan dengan hutang dan wadiah sekiranya pemilik sebenar tidak dikenali oleh orang lain.
  • Sunat - jika berwasiat untuk kaum kerabat yang memerlukan sedangkan mereka tidak berhak mendapat harta pusaka. Begitu juga berwasiat kepada orang miskin dan untuk tujuan kebajikan pada jalan Allah.
  • Harus - jika berwasiat kepada sahabat handai atau orang kaya yang bukan daripada golongan yang berilmu dan beramal soleh.
  • Makruh - jika dibuat untuk orang-orang fasik dan sentiasa melakukan maksiat.
  • Haram - jika sesuatu wasiat dibuat untuk tujuan yang bercanggah dengan hukum syarak dan memudaratkan.
"Wasiat-wasiat tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Setiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah, dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar." (Al-Nisa': 12)

Pembatalan wasiat (S.12 Enakmen Wasiat Selangor)
  • Pewasiat menjadi kurang siuman dan mati dalam keadaan tersebut.
  • Penerima mati sebelum pewasiat.
  • Perkara yang diwasiatkan telah musnah sebelum kematian pewasiat.
  • Pewasiat menarik balik wasiatnya.
  • Penerima dengan sengaja telah menyebabkan kematian pewasiat. (S.14)
Back To Top