Perjanjian Aset Perolehan Bersama (Deklarasi Harta Sepencarian) - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Perjanjian Aset Perolehan Bersama (Deklarasi Harta Sepencarian)

DeklarasiHarta Sepencarian

Perkhidmatan Harta Sepencarian Di As-Salihin

Kadang-kadang berlaku keadaan di mana benefisiari simati tidak bersetuju  dengan  tuntutan Harta Sepencarian oleh pasangan suami/isteri selepas kematian suami/isteri. Untuk mengelakkan masalah ini dan lain-lain masalah yang tidak diingini berlaku dikalangan benefisiari selepas kematian, as-Salihin menyediakan dokumen yang mampu untuk mengelakkan masalah-masalah yang tidak diingini ini berlaku.

Kelebihan Membuat PERJANJIAN ASET  PEROLEHAN BERSAMA

  • Kedua-dua pihak boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian masing-masing.
  • Hak suami isteri sentiasa dilindungi sepertimana yang dipersetujui di dalam deklarasi tanpa pertelingkahan.
  • Proses pembahagian yang cepat tanpa perlu membuat tuntutan ke mahkamah.
  • Menjimatkan kos tanpa perlu ke mahkamah untuk membuktikan sumbangan kedua-dua pihak.
  • Tiada pertelingkahan kerana perjanjian merekodkan persetujuan antara kedua-dua pihak
  • Memudahkan dan memberi keselesaan kerana kehendak semua pihak telah dipenuhi. as-Salihin membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama mengikut pembahagian yang telah mereka persetujui.

Perlukan khimat rundingan?
Back To Top