Kes Harta Pusaka - Geran Rumah LPPSA Hilang - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Kes Harta Pusaka - Geran Rumah LPPSA Hilang

 

Geran Hilang

Baca pelan². Panjang ni....

Kes ni saya dapat lebih 2 tahun lepas. Tapi baru selesai dalam bulan ni. Proses lebih 2 tahun, pasal tanah je pun.

Si ayah meninggal dunia tahun 2019. Rumah tu ayah beli dengan pinjaman LPPSA. Prosidur LPPSA, kalau pinjaman dah selesai, mereka akan bagi geran asal, pendua gadaian & borang melepaskan gadaian terus kepada peminjam. Ala, macam kedai kereta kedai motor tu.

Jadi pandai² la si peminjam ni bawak geran & semua dokumen ke pejabat tanah yang berkenaan untuk daftar pelepasan gadaian.

Masalahnya bukan semua orang tahu & ambil berat pasal ni. Dah dapat geran, sudahlah. Simpan dalam laci. 

Bila dah meninggal dunia, waris² nak buat faraid pun susah sebab tak jumpa geran. Emak pun dah meninggal dunia. Nak tanya siapa kan.

Rumah tu pula, rumah kampung. Anak bongsu yang duduk situ dengan isteri & 3 anak. Bukan orang senang. Bukan orang yang berpendidikan tinggi juga. Kerja pengawal keselamatan je.

Adik beradik lain tinggal kat negeri lain².

Maka lelaki ni yang merupakan anak bongsu dalam keluarga ni, datang jumpa kami. Katanya dia tak tahu nak buat mcmmana. Dia tak pandai. Dia pun takde duit nak bayar kos peguam. Tanya saya ada cara apa² tak?

Saya ajar dia buat sendiri, bagi link, bagi alamat untuk dia pergi. Tapi seminggu lepas tu dia datang balik. Katanya orang pejabat harta pusaka kata, kalau geran takde, susah nak buat. Lagipun dia takde masa nak uruskan semua tu sebab kekangan kerja. 

Saya tanya mana gerannya? Dia kata tak tau. Tapi dia tahu nombor geran dari cukai tanah lama yang dia jumpa dalam laci bilik arwah ayahnya.

Saya buat carian, rupanya geran masih dalam gadaian LPPSA. Saya call LPPSA, LPPSA kata dah bagi semua dokumen kat peminjam ni untuk buat pelepasan gadaian sejak tahun 2015.

Mmg bukan kes senang la kalau mcm tu. Geran hilang, tuan tanah dah meninggal. 

Saya tak mampu nak bantu. Sebab saya pun bekerja dengan orang. Kalau setakat suruh saya semak, bolehlah. Tapi kalau sampai nak tolong uruskan dengan percuma, saya tak mampu. Tangan saya terikat.

Saya suruh dia minta bantuan adik beradik dia yang lain. Katanya mereka tak balik rumah sejak ayah meninggal. Dan kebetulan pulak selepas ayahnya meninggal, negara kita dilanda Covid yang teruk. 

Dan sekarang adik beradik dia la yang suruh dia selesaikan hal faraid rumah pusaka peninggalan ayah mereka. Memandangkan dia yg tinggal di situ.

Adik beradiknya suruh jual rumah tu, lepas tu ambil bahagian masing² sama rata. Yang dia ni sayang nak jual sebab rumah pusaka & dia pun tinggal di situ dengan anak isteri. Ke mana dia nak pergi kalau rumah tu dijual. 

Saya pun pening nak bantu dia macam mana lagi. 

Lalu saya cakap, memang itulah jalannya. Jual rumah tu, bahagian dia nanti, dia beli sebuah rumah kos rendah. Ambil pinjaman paling sikit, keluarkan kwsp.

Cara lain, dia beli rumah itu dari adik beradiknya. Tapi kena ikut nilai rumah tu la. Melainkan adik beradiknya nak jual murah kat dia.

Lepas seminggu dia bagi jawapan. Katanya dia nak beli rumah tu dari adik beradiknya. Adik beradiknya nak jual ikut nilaian rumah iaitu RM200k.

Maka kami pun mula la mohon harta pusaka kecil bagi pihak lelaki tadi. Nak minta dokumen pun ambil masa. Susah nak dpt kerjasama dari adik beradiknya. 

Sampai masa bicara, 3 adik beradik pun tak balik. Semua sain Borang DDA (Penolakan bersyarat). Cuma kakak sulung je balik.

Hampir 8 bulan, baru dapat Borang E. Baru kami boleh mohon untuk geran hilang. Geran hilang ni ambil masa 8 bulan jugak baru selesai. 

Dalam masa sama, kami kena minta LPPSA tandatangan semula borang pelepasan gadaian.

Dan kami mula mohon pinjaman dari beberapa buah bank, bagi pihak lelaki tadi. Selalunya klien mohon sendiri tapi ada je yg kami tolong mohonkan. Biasanya kami akan mohon dari 2-3 buah bank. Kalau dah lulus, kami akan tengok rate, terma & syarat. Baru pilih yg mana lebih baik. 

Mujur la lelaki tadi ada sikit simpanan. Dan kwsp dia pun agak banyak. Menurut katanya sebelum PKP, dia bekerja di sebuah kilang. Tapi bila PKP, kilang bankrap. Sbb tu sekarang dia kerja sebagai pengawal keselamatan sahaja.

Lelaki ini mungkin seorang insan yg baik. Jadi segala urusannya dimudahkan selagi tak melibatkan org lain.

Jadi tak mudah bila berurusan dengan adik beradiknya. Mujur kakak sulung bersifat matang & baik orangnya. 

Selepas proses jualan selesai, maka  kami pun buatlah kiraan seperti dalam gambar. 

Wah, mengamuk sakan 3 adik beradiknya sebab dpt sikit. Mereka marah sebab kami buat potongan cukai tanah, yuran guaman & cukai taksiran. 

"Inilah peguam, suka ambil kesempatan. Makan duit orang." katanya. 

Gambar ihsan Farizal Radzali

Saya tunjuk semua bukti. Lalu katanya semua bayaran tu adik bongsu yang kena bayar sebab dia yang duduk kat rumah tu. 

Lagi satu, kata mereka, adik bongsu sepatutnya takde bahagian sebab dia dah dapat rumah. Kenapa dia masih dapat bahagian? Sepatutnya RM200k bahagi dengan 4 beradik sahaja, dapat RM50k seorang.

Saya jelaskan, dia dapat rumah sbb dia adalah pembeli. Dia buat bayaran harga beli. Bukan dapat free. 

Dan dia dapat bahagian sebab dia merupakan waris yang berhak ke atas harta faraid arwah ayah mereka.

Manakala semua cukai & yuran guaman ni adalah hutang arwah ayah. Memang kena tolak dari faraidnya.

Yuran guaman untuk proses jualan & belian, tukar nama bagai semua adik bongsu tu tanggung sendiri, tak tolak dari duit faraid ni.

Mereka tetap tak puas hati. Mereka kata, mereka jual murah sbb jual kat adik beradik. Kalau ikut nilaian sebenar, harga rumah tu boleh sampai RM300k.

Lalu saya tunjukkan notis taksiran dari LHDN. Saya cakap kat mereka, kalau nilaian lebih tinggi dari harga yang diletakkan, setem duti akan mengikut nilai tertinggi. Tapi notis yang dikeluarkan oleh LHDN memang RM200k, tak lebih pun. Bahkan boleh jadi nilai lebih rendah sebab LHDN akan ikut mana yang lebih tinggi, nilaian atau harga dalam perjanjian.

Mereka tak puas hati. Masih marah². Banyak soalan, tapi semua saya jawab dengan bukti. Mereka kata saya tak berhak campur urusan keluarga mereka sebab saya tak tahu apa yg terjadi, siapa baik siapa jahat dlm keluarga mereka. Mereka kata adik mereka dah burukkan mereka kpd saya sebab tu saya menyebelahi adik bongsu mereka.

Eh eh!! Saya pulak yang salah???? Jangan kejutkan harimau sedang tidur. 😡

Saya jawab, nada suara dah lain mcm, memang la saya tak tahu hal keluarga mereka. Dan tak berhak ambil tahu. Saya pun ada keluarga saya sendiri untuk diambil tahu, tak perlu sibuk hal keluarga org lain. Saya bukannya nak campur urusan keluarga mereka. Saya cuma buat kerja saya. Saya ikut undang² yang termaktub, dan adik bongsu mereka tak pernah burukkan adik beradiknya depan saya. 

Akhirnya mereka serang si adik bongsu pulak. Dah serba salah kawan tu. Dia cakap kat saya, takpelah, bagi bahagian dia kepada adik beradiknya yg lain. Tak perlu bagi bahagian dia.

Saya pula serba salah. Saya tahu lelaki itu perlukan duit juga. Banyak duit dia dah keluarkan untuk bayar itu ini untuk selesaikan hal faraid ni. Lagipun ini harta faraid, kalau dia lepaskan tanpa ikhlas, risau adik beradiknya menanggung dosa makan harta faraid yang bukan hak mereka.

Maka saya hubungi kakak sulungnya. Dia je yang nampak lebih berakal & boleh berfikir dengan baik. Tambahan dia anak sulung. Dia tarik nafas panjang. Lalu katanya bagi kat 5 beradik. Dia akan uruskan hal adik beradiknya. 

Dia pun minta maaf dari saya sebab terpaksa berdepan dgn adik²nya yang mcm tu. Tenang je dia. 

Maka, kerja saya selesai. Geran dah bertukar nama. Apa jadi lepas tu, saya tak ambil tahu. 

PENAT! Bukan penat buat kerja. Tapi penat melayan kerenah manusia² yang tak boleh dibawa berbincang ni. 

Namun jauh di sudut hati saya, saya doakan moga baik² je keluarga ni. Aamiinnn....

Jangan putus silaturahim hanya kerana harta dunia. 

Credit to Farizal Radzali


-------------------------------------------------------------------------------------


BAGAIMANA CARANYA NAK URUSKAN HARTA PUSAKA DAN HIBAH IBU BAPA?

Sebab tu anda perlu ada ilmu dan panduan dengan dapatkan Ebook ini di mana akan menyenangkan hidup anda, adik beradik dan ibu bapa di masa akan datang.


Memperkenalkan..




Perlukan Khidmat Perntadbiran Harta Pusaka Kecil?

Klik butang servis di bawah:


 

Back To Top