Testimoni Dari Kisah Benar Luahan Seorang Isteri (Waris) Tentang Urus Harta Pusaka Suaminya. - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Testimoni Dari Kisah Benar Luahan Seorang Isteri (Waris) Tentang Urus Harta Pusaka Suaminya.

TESTIMONI DARIPADA SEORANG WARIS (ISTERI) YANG MANA ARWAH SUAMI BELIAU TELAH MENULIS WASIAT DAN MELANTIK AS-SALIHIN SEBAGAI WASI.

Khidmat Urus Pusaka Dari as-Salihin Trustee

Saya ingin berkongsi kisah benar yang dihadapi oleh diri saya sendiri setelah kematian suami saya.

Maka benarlah kematian itu sangat lah hampir dengan setiap jiwa. Pada tanggal 31/8/2015, suami saya telah meninggal dunia, meninggalkan saya dan tiga orang anak. Kematian beliau berlaku secara mengejut tanpa sebarang tanda-tanda awal. Saya dan anak-anak amat sangat sedih dan terkesan dengan kematian arwah suami yang selama ini menjadi tempat bergantung dan berlindung kami sekeluarga.

Saya panik memikirkan anak-anak masih kecil dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Saya juga dihantui oleh stigma pembahagian harta pusaka yang kebiasaannya mengambil masa yang lama dan rumit. Namun Alhamdulillah, perkara tersebut tidak berlaku kepada kami sekeluarga. Urusan pentadbiran harta pusaka arwah suami berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan. Arwah suami saya telah melakukan persiapan awal dengan melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai Wasi (pentadbir harta pusaka) bagi pihak beliau. Beliau telah menulis wasiat sebagai persiapan awal bagi memudahkan saya dan anak-anak disamping untuk mengelakkan konflik di kemudian hari.

Pada awalnya, kami sendiri tidak tahu apa tindakan yang harus diambil bagi menguruskan harta pusaka arwah suami setelah kematian beliau. Kami seperti kehilangan arah dan hala tuju. Saya sebagai isteri tidak pasti apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencairkan aset yang terbeku sebaik sahaja arwah suami meninggal dunia.

Namun tindakan pantas dari Islamic Estate Planner (IEP)(Perancang Harta Pusaka Islam as-Salihin) telah memudahkan segalanya. Beliau telah memaklumkan kepada kami sekeluarga bahawa pihak arwah suami telah menulis wasiat dan melantik as-Salihin sebagai Wasi sebaik sahaja beliau meninggal dunia.

as-Salihin telah melakukan bacaan wasiat kepada saya dan anak-anak serta waris faraid serta memaklumkan mengenai segala proses pentadbiran pengurusan harta pusaka. as-Salihin berjaya menerangkan proses-proses yang rumit dalam pengurusan aset terbeku dalam bahasa yang mudah difahami. Apa yang penting ialah pihak mereka menjadi penunjuk arah kepada kami sekeluarga ketika mana kami amat memerlukannya.

Malah pihak as-Salihin juga bertanggungjawab sebagai wasi yang telah mentadbir harta pusaka, menyelesaikan hutang piutang dan menguruskan pembahagian harta pusaka kepada waris faraid disamping memastikan hak-hak waris terpelihara terutama bagi anak-anak saya yang masih dibawah umur.

Melalui wasiat arwah suami saya, Allahyarham telah melantik saya sebagai pemegang amanah/penjaga harta anak-anak saya yang masih di bawah umur. Dengan perlantikan tersebut, saya boleh mengurus harta bagi pihak anak-anak saya dengan lebih baik dan lancar.

Seandainya tanpa bantuan as-Salihin, saya tidak pasti bagaimana saya akan menguruskan harta pusaka si suami secara bersendirian. Kurang kemahiran dalam selok belok pentadbiran harta pusaka seperti tidak pasti dokumen apakah yang diperlukan, apakah yang perlu dilakukan seandainya geran telah hilang, pejabat manakah yang perlu dituju dan sebagainya merupakan cabaran utama bagi saya di dalam hal ini, dan saya berasa amat bersyukur kerana telah dipertemukan dengan as-Salihin Trustee Berhad dan amat-amat berterima kasih kepada mereka kerana telah bertungkus lumus membantu saya dan anak-anak dalam melancarkan pengurusan harta pusaka Allahyarham suami saya.

Yang benar,

Nor Hazami Binti Harun
Back To Top