Harta Yang Masih Dalam Hutang, Adakah Boleh Dihibahkan? - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Harta Yang Masih Dalam Hutang, Adakah Boleh Dihibahkan?

Apa itu hibah?

AS-SALIHIN TIDAK MEMBENARKAN HARTA YANG MASIH DALAM HUTANG UNTUK DIHIBAHKAN. TAPI KENAPA SYARIKAT LAIN BENARKAN?

Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini, isu ini adalah berdasarkan perbezaan pandangan fiqh tentang syarat-syarat harta yang hendak dihibahkan.

Pandangan pertama dengan tegas menolak penghibahan harta bercagar kerana seseorang hanya boleh menghibahkan harta yang sudah menjadi pemilikan sepenuhnya (milk al-tam) - dan ini adalah pandangan mazhab Syafie.

Pandangan kedua juga tidak membenarkannya, melainkan sekiranya mendapat kebenaran daripada pemberi hutang.
Hanya pandangan ketiga yang membenarkan hibah harta bercagar, atas dasar maslahah umum.

Walaubagaimanapun, apabila melibatkan polisi syarikat tentang perlaksanaan hibah, ianya bergantung kepada keputusan Ahli Lembaga Penasihat Syariah.

Lembaga Penasihat Syariah as-Salihin Trustee

Di as-Salihin Trustee, Ahli Lembaga Penasihat Syariah kami memutuskan untuk membenarkan pemberian hibah hanya untuk aset-aset yang sudah menjadi pemilikan penuh (milk al-tam) si Pemberi Hibah, melainkan jika ada kebenaran daripada pihak pemberi hutang.

Begitu juga dengan syarikat lain. Perlaksanaan hibah mereka adalah berdasarkan keputusan Ahli Lembaga Penasihat Syariah mereka.

Memang benar isu ini merupakan satu perbezaan pandangan fiqh menyebabkan cara perlaksaannya di Malaysia agak terbuka dan tiada ketetapan (uncertain).

Memang benar kebenaran hibah untuk harta bercagar lebih mudah diterima oleh pasaran. Dan mungkin ada di kalangan hakim-hakim Mahkamah Syariah yang bersetuju dengan pemberian hibah untuk harta yang masih berhutang.

Lembaga Pengarah as-Salihin Trustee

Namun tindakan dan polisi perlaksanaan hibah di as-Salihin adalah berdasarkan standard professionalisme untuk perkhidmatan produk-produk Islamik dan patuh Syariah, iaitu berdasarkan keputusan Ahli Lembaga Penasihat Syariah.

Dan saya percaya, syarikat-syarikat lain juga berpegang kepada asas professionalisme yang sama.

Sumber dan Penulisan asal oleh :
Tuan Mohd Hairulazlan Bin Ramlan
VP as-Salihin Trustee Berhad.
Back To Top