Wasiat Hanya Kepada Bukan Waris? - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Wasiat Hanya Kepada Bukan Waris?

WASIAT HANYA KEPADA BUKAN WARIS?

Hanya 1/3 untuk bukan waris

Wasiat bukan hanya 1/3.

Yang 1/3 itu adalah limit untuk berikan kepada bukan waris faraid yang tak boleh ditentang. Tapi kalau nak bagi kepada bukan waris faraid lebih daripada 1/3 pun takpa asalkan waris faraid setuju.

Pastu keseluruhan pusaka boleh diagihkan ikut hasrat (tak ikut faraid), tapi memerlukan persetujuan waris-waris faraid. Kalau ada waris yang tidak setuju, contohnya sorang, maka yang sorang tu berhak untuk tuntut bahagian dia sahaja. Ertinya waris lain yang tak tuntut, setuju untuk teruskan agihan harta ikut hasrat pewasiat. 

Siapa wasi kita?

Tapi yang pentingnya wasiat ini ialah perlantikan wasi. Yakni sesiapa yang akan uruskan segala urusan nanti termasuk selesaikan hutang dan amal jariah serta pengagihan pusaka.

Nilai aset itu akan ditentukan masa berlaku kematian nanti. Masa sekarang ini tak perlu nilai sebab kita tak tau tarikh bila kita mati, mungkin berapa puluh tahun lagi nilai dah berbeza. Itu nanti syarikat amanah yang akan tentukan.

Contoh: Dalam wasiat, kita boleh nyatakan rumah bagi anak. Tanah bagi mak dan kakak. Wang tunai diagihkan mengikut faraid atau nak gunakan wang tunai tersebut untuk diri kita balik sebagai amal jariah kita contohnya sedekah atau waqaf.

Dalam wasiat boleh nyatakan apa perancangan kita dengan harta kita. Ramai yang disalah fahamkan tentang 1/3 ini sampai semua orang ingat wasiat tak boleh kepada waris.

Penilaian semula fatwa wasiat

Ini fatwa tentang kebolehan berwasiat kepada waris jika semua waris setuju.
 
Artikel VII dalam klause wasiat as-Salihin Trustee

Ini adalah antara klause dalam wasiat as-Salihin Trustee yang mengikut hukum syarak dan undang-undang yang mana waris-waris perlu diminta persetujuan dulu sebelum melaksanakan wasiat.

Oleh itu semua waris perlu tahu dulu. Jika setuju, wasiat boleh dijalankan.

Bila ramai yang disalah fahamkan tentang wasiat, hibah mula disebut-sebut dan dicanang-canangkan. Tetapi sebut tak habis. Bukan semua benda boleh hibah ikut undang-undang. Ada syarat-syaratnya antaranya kena bebas hutang. (Harta tak alih iaitu rumah atau tanah).

Oleh itu wasiat sebenarnya dokumen sementara kita. Kita rancang siap-siap, andaikata tak sempat dilaksanakan masa kita hidup. Kalau sempat nak hibah masa hidup, boleh buat pertukaran nama siap-siap.

Wasiat ialah kes dimana kita rancang begitu begini. Kalau semua waris bersetuju selepas kita mati dan tak jadi isu untuk dilaksanakan.

Credit to Sufyan Bakir.
Back To Top