9 Tanda-Tanda Saat Kematian - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

9 Tanda-Tanda Saat Kematian


  1. 100 hari, seluruh badan rasa bergegar

  2. 60 hari, pusat rasa bergerak-gerak

  3. 40 hari, daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan janin dan malaikat maut pun datang kepada ora dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan orang kelihatan seperti sedang runsing.

  4. 7 hari, mengidam makan

  5. 5 hari, anak lidah tidak bergerak-gerak

  6. 3 hari, bahagian tengah di dahi bergerak-gerak

  7. 2 hari, seluruh dahi bergerak-gerak

  8. 1 hari, terasa bahagian ubun bergerak-gerak diantara waktu subuh dan asar

  9. Saat akhir, terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan)

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan diam dan jangan lagi bercakap-cakap.


Bila malaikat maut mencabut nyawa.

Baginda Rasulullah S.A.W bersabda:- " Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutu sehingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu"

Sambung Rasulullah S.A.W lagi:- " Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat Syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada Syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya disebelah kiri sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya, ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat Neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Wallahualam.

Ingatlah 5 perkara penting semasa hayatmu
  1. HIDUP sebelum MATI

  2. KAYA sebelum MSIKIN

  3. LAPANG sebelum SEMPIT

  4. SIHAT sebelum SAKIT

  5. MUDA sebelum TUA
-----------------------------------------------------------------------------

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Fatihah.


Al-Quran sebagai petunjuk. Kitab agama sebagai rujukan. Buku ini sebagai panduan. Jika ada satu buku sahaja yang perlu dibaca pada tahun ini, maka inilah bukunya.



Back To Top