Asas keperluan dalam kehidupan |
Berapa banyak perlindungan yang kita sebenarnya perlukan?
Jika anda bertanya kepada ejen insurans takaful yang kurang berpengalaman, besar kemungkinan dia akan bertanya: "Berapa bajet anda?" Jika anda bertanya kepada akauntan pula, besar kemungkinan dia akan bertanya: "Sudahkah anda menyediakan bajet untuknya?" Mari kita menelitinya dari sudut pandangan berasaskan keperluan.Bagaimana saya menentukan nilai perlindungan saya?
Selalunya, orang membuat keputusan mengenai amaun perlindungan mereka berdasarkan bajet iaitu premium mampu dibayar. Pendekatan ini tiada salahnya tetapi lebih baik jika anda menentukan bayaran jumlah perlindungan berdasarkan berapa banyak anda perlukan daripada apa yang anda mampu.
Bagaimana saya menentukan keperluan?
Keperluan anda pada umumnya boleh dikategorikan sebagai serta-merta, berterusan dan masa depan. Keperluan serta-merta ialah perbelanjaan yang diperlukan apabila anda meninggal dunia dan biasanya perbelanjaan ini sekali atau sekali gus sahaja. Keperluan berterusan ialah perbelanjaan yang berulang dan diperlukan oleh keluarga anda untuk meneruskan hidup sehari-hari. Keperluan masa depan ialah perbelanjaan yang mungkin belum nampak sekarang tetapi pasti akan timbul suatu masa nanti. Contoh ketiga-tiga kategori ini adalah seperti berikut:
Serta-merta
- Perbelanjaan perubatan yang tidak dilindungi.
- Pinjaman rumah
- Pinjaman kereta
- Hutang kad kredit
- Pinjaman peribadi
- Cukai tertunggak
- Hadiah/pemberian sekaligus.
- Makanan
- Rumah
- Pakaian
- Utiliti
- Pengangkutan
- Perbelanjaan perubatan
- Insurans/Takaful
- Hadiah/pemberian tahunan
Masa depan
- Pendidikan anak
- Persaraan
5 Perkara Sebelum 5 Perkara |
Bagaimana saya hendak mengira jumlah amaun diperlukan?
Anda boleh menggunakan pendekatan jumlah keperluan untuk menentukan amaun diperlukan. Anda perlu menggabungkan keperluan modal anda dengan keperluan pendapatan anda. Keperluan modal anda termasuklah perkara yang disenaraikan dalam ruang keperluan serta-merta manakala keperluan pendapatan anda ialah perkara yang tertera dalam ruang keperluan berterusan. Contohnya, keperluan pendapatan bulanan keluarga untuk perkara di atas atau sumbangan tetap kepada pertubuhan/yayasan amal kegemaran anda meskipun ketika anda sudah tiada lagi. Berkenaan amaun perlindungan untuk keperluan masa depan anda, lebih baik mengiranya secara berasingan dan memodalkannya ke nilai setara hari ini.
Contoh pengiraan pendekatan jumlah keperluan individu yang mahu memberikan keluarganya pendapatan tahunan sebanyak RM40,000 dan pada masa yang sama, menyumbangkan sebanyak RM10,000 setahun kepada badan amal pilihannya selama 20 tahun. Dia juga mempunyai pinjaman rumah yang belum dijelaskan sebanyak RM200,000 dan mahu menyumbangkan derma sekaligus sebanyak RM100,000. Keperluan modalnya ialah RM300,000 (RM200,000 + RM100,000) manakala keperluan pendapatannya ialah RM1,000,000 [(RM40,000 + RM10,000) x 20 tahun]. Oleh itu, dengan menggunakan pendekatan jumlah keperluan, amaun perlindungan yang diperlukannya ialah RM1.3 juta (RM300,000 + RM1,000,000).
Jumlah keperluan insurans hayat saya?
Ia adalah jumlah amaun diperlukan (seperti yang dikira di atas) tolak sumber kewangan sedia ada. Ini termasuk simpanan peribadi dan pelaburan anda, insurans takaful hayat dan kumpulan dan pendapatan pasangan anda, jika ada. Jadi, kalau kita ambil contoh di atas dan mengandaikan sumber kewangan sedia ada individu itu ialah RM300,000, maka jumlah keperluan ins/takaful hayatnya ialah RM1 juta (RM1.3 juta - RM300,000)
Jika tiada insurans takaful langsung?
Di negara kita, tiada undang-undang yang mengatakan bahawa kita mesti mengambil ins/takaful. Bagaimanapun, kita semua mempunyai insurans takaful, sama ada kita membelinya atau tidak. Satu-satunya persoalan ialah siapa yang menginsuranskan kita - syarikat insurans takaful atau kita sendiri? Jika anda memutuskan untuk tidak membeli polisi insurans takaful, anda sebenarnya menginsuranskan diri anda sendiri ataupun apa yang kita sebut sebagai 'Self-Insured'. Apabila sesuatu yang tidak diingini menimpa diri kita, keluarga kita dan orang tersayang, kita terpaksa bergantung pada wang simpanan kita untuk menyara hidup sehingga sumber pendapatan lain diperoleh. Ini mungkin bukan satu bentuk perancangan yang bijak dan pastinya tidak kos efektif. Oleh itu, jika anda memilih untuk tidak membeli polisi ins/takaful langsung, anda sebenarnya menanggung semua risiko sendiri.
Kesimpulannya, berapa banyak perlindungan insurans takaful hayat yang kita perlukan sebenarnya bergantung pada keperluan dan keadaan kita sendiri. Secara idealnya, kita sepatutnya mengambil perlindungan insurans takaful yang mencukupi tetapi keadaan mungkin menyebabkan kita perlu menyeimbangkan antara keperluan dan kewajipan masa depan kita.
-credit to artikel BH-