Kos Trustee Mahal? - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Kos Trustee Mahal?

KOS TRUSTEE MAHAL?

Mahal berbanding apa? 

Di as-Salihin Trustee Berhad fee pentadbiran yang dikenakan ialah :

1.8% - untuk 1 juta pertama
1.0% - 1 juta berikutnya sehingga 10 juta.
0.5% - 10 juta sehingga 50 juta
0.25 % - 50 juta ke atas.

Caj maximum yang dibenarkan oleh Akta Syarikat Amanah ialah 5%.

Caj tersebut juga boleh naik tak tentu bila.

Tetapi apabila merancang pusaka dengan as-Salihin sekarang caj tersebut akan lock walaupun caj oleh Akta Syarikat Amanah akan meningkat.

as-Salihin Trustee Berhad hanya akan mengenakan caj pentadbiran sekiranya as-Salihin Trustee Berhad yang dilantik sebagai WASI.

Penyata-penyata kewangan juga akan diberikan kepada waris-waris tentang progress urusan pentadbiran pusaka secara detail. Dan ianya di audit oleh Bank Negara.

Kalau WASI yang dilantik ialah wasi dalam kalangan waris, maka tiada caj pentadbiran pusaka seperti di atas yang akan dikenakan.

Apa kelebihan berwasiat dan melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai WASI?

Segala tugas-tugas pentadbiran pusaka akan diuruskan oleh pihak as-Salihin Trusteee Berhad secara keseluruhan dari A-Z.

A-Z tu bukan setakat mendapatkan SURAT KUASA. Tapi keseluruhan urusan pusaka termasuk pertukaran nama aset, pembayaran hutang-hutang dunia dan akhirat si mati, sedekah amal jariah 1/3 kepada bukan waris dan segala urusan pusaka yang ditinggalkan akan diuruskan.

Adakah kita sanggup membebankan waris? Sanggup membebankan isteri yang kesedihan dan di dalam edah?

Buat perancangan pusaka awal-awal. Mudahkan waris dan mudahkan urusan kita juga yang telah tiada.
Jom rancang pusaka.

Syaihan - 012-6727957
(Islamic Estate Planner)

"Tiada orang yang sayangkan seseorang itu kemudian tinggalkan orang yang disayang dalam keadaan susah & menderita. Rancang kerana sayang."
Back To Top