Penamaan waris berumur bawah 18 tahun untuk pampasan Takaful Ibubapa.... - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Penamaan waris berumur bawah 18 tahun untuk pampasan Takaful Ibubapa....


Hibah untuk anak di bawah umur 18 tahun

Disebabkan kes DUKA DUKE ni jugak, kami para agent pening kepala cemana nak explain fungsi Hibah untuk anak di BAWAH UMUR 18 TAHUN dalam penamaan waris untuk pampasan Takaful ibubapa.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-duke-mahkamah-kekal-beku-akaun-bapa-saudara-1.575963

So, bila tak tau, kita kenalah bertanya. So, kami tanya trainer PruBSN yang kemudian dia tanya pulak bahagian claim PruBSN. Kesian trainer tu, asyik kena melayan soalan-soalan kami. Heehee... So, inilah jawapannya....

Case Study : IBU ambil takaful. Penamaan diberikan 100% kepada ANAK yang berumur 6 tahun melalui HIBAH BERSYARAT.


Photo by Guduru Ajay bhargav from Pexels
#Senario1
~~~~~~~~
Selain anak sebagai penama, dalam form penamaan tu ADA diletakkan Trustee misalnya Amanah Raya Berhad atau As-Salihin Trustee (dah hire mereka siap-siap).

Maka sekiranya berlaku kematian kepada ibu, duit pampasan tu akan dipegang oleh Trustee dan hanya boleh dikeluarkan apabila anak mencecah umur 18 tahun.

Walau bagaimanapun, sekiranya penjaga sah ada surat tadbir kuasa, maka bolehlah dikeluarkan sedikit-sedikit duit tu untuk keperluan anak misalnya untuk belanja beli baju sekolah, bayar van sekolah, yuran peperiksaan dan lain-lain yang difikirkan sesuai oleh Trustee.

#Senario2
~~~~~~~~
Anak sebagai penama tapi dalam form penamaan TIDAK diletakkan sebarang Trustee.

Sekiranya berlaku kematian kepada ibu, maka duit pampasan tu akan pergi kepada SURVIVING PARENT (dalam kes ni kepada bapa sekiranya masih hidup)

#Senario3
~~~~~~~~
Anak sebagai penama tapi dalam form penamaan TAKDE Trustee dan budak tu pun dah TAKDE surviving parent (bapa dah meninggal)

Sekiranya berlaku kematian kepada ibu, penjaga yang sah (legal guardian) boleh membuat tuntutan kepada PruBSN dengan syarat ada surat tadbir kuasa (LA) atau Grant of probate serta amount pampasan tidak melebihi RM50,000. Sekiranya lebih RM50,000, wang sijil akan diserahkan kepada Trustee iaitu Amanah Raya Berhad.

Bila dah diserahkan ke Amanah Raya Berhad, macam biasalah ye, kena tunggu umur 18 tahun atau berbalik mcm Senario 1, legal guardian dengan surat tadbir kuasa boleh keluarkan sikit-sikit duit tu untuk belanja keperluan anak.

Nota bulu kaki : Penjelasan ni hanya terpakai untuk pemegang sijil PruBSN. Pemegang sijil atau polisi syarikat takaful insurans lain, sila rujuk agent anda masing-masing.


Baca: Penama Ins/Takaful: Jangan Letak Nama Anak!


Back To Top