Untuk bacaan bakal isteri, isteri-isteri, datin-datin dan puan-puan di luar sana... - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Untuk bacaan bakal isteri, isteri-isteri, datin-datin dan puan-puan di luar sana...

Persepsi vs realiti

Untuk isteri isteri, dan datin datin di luar sana yang bermadu ataupun rasa macam dimadu.

Saya nak bagitau ni. Jangan ambil mudah pasal pengurusan harta pusaka ye. Hak isteri hanya 1/8.

Kalau suami meninggal meninggalkan harta berjumlah RM2 juta, jangan seronok berangan ingat isteri pun akan dapat RM2 juta. Undang undang Islam faraid membenarkan isteri mendapat hanya 1/8 daripada nilai tersebut.

RM 2,000,000 x 1/8 jadi RM 250,000. Jadi tak banyak pun.

Yang jadi lagi kesian pulak,

Tiba tiba datang pulak pihak lain mengaku dia bini no 2, dah jadi 1/16.

Tiba tiba ada lagi datang cakap dia bini no 3, jadi 1/24.

Datuk ni pulak kaya boleh isi sampai 4. Sampai no 4 ni so jadi la 1/32.

So at last daripada RM2 juta jadi RM 60,000 sahaja. RM 60,000 nak buat bayar anak belajar pun tak cukup. Kalau ada hutang rumah lagi, memang habislah.

Jangan terkejut daripada hidup mewah tiba tiba boleh jatuh muflis. Ingat ye ini realiti bukan macam cerita tv3 tau kalau mati dapat semua harta ye.
Back To Top