WASIAT, NAMPAK KELEBIHAN DAPAT KELEBIHAN - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

WASIAT, NAMPAK KELEBIHAN DAPAT KELEBIHAN

Jika berwasiat
Al Kisah...

"Tiap sorang waris dia dapat RM 2 - 3 juta sorang..."

"Tau berapa diorang sedekah kan bagi pihak arwah ???"

'RM 1,000' !!

Bayangkan jika arwah buat WASIAT

WASI akan laksanakan sehingga 1/3 bahagian daripada harta arwah tu untuk tujuan sedekah untuk diri arwah tu sendiri. Takkan nak bagi waris enjoy semua sekali kot.

Berapa banyak tu?

Wasiat kepada waris dan bukan waris
 
Wasiat bukan pekara sia-sia.

Mula-mula kena faham dulu fungsi wasiat.

1. Perlantikan wasi nak lantik siap-siap siapa yang akan urus nanti, bukan biarkan waris pilih sesama depa. Tang tu pun silap-silap belum apa-apa dah boleh gaduh. Samada berebut nak buat atau takde sapa pun nak buat, semua lepas tangan.

2. Perlantikan penjaga harta anak bawah umur. Sebab isteri bukan penjaga harta automatik anak bawah umur. Isteri perlukan perlantikan di dalam wasiat.

Kalau tak lantik, harta anak bawah umur samada ada pegi ke datuk sebelah bapa atau kalau datuk takde, pergi ke Amanah Raya sehinga anak tersebut berumur 18 tahun.

3. Senaraikan siapa waris faraid, dan harta apa yang ada nak dibagi kepada waris yang mana. Atleast waris-waris ada lah guideline nak bahagi harta dia macam mana.. Setuju tak setuju bila dah mati esok baru dimintak persetujuan.

Kalau tak nyatakan dalam wasiat kepada waris, waris nak rujuk dokumen apa? Dokumen Hibah? Yang tu bukan dokumen pernyataan. Hibah adalah dokumen pemberian harta siap-siap semasa masih hidup lagi.

4. Senaraikan hutang-hutang yang ada agar senang waris atau wasi nak uruskan. Hutang dibawak mati. Hutang bukan tanggungjawab waris. Hutang dunia dan juga hutang akhirat.

5. Tinggalkan pesanan-pesanan kepada waris. Masa nilah nak pesan itu ini. Suara akhir kita. Pesanlah yang baik-baik. Waris dengar pun sedap sikit.

6. Allocatekan harta-harta kita untuk kita balik sebagai amal jariah. Sekurang-kurang nya 1/3 bahagian. Kalau kita tinggai 1 juta untuk waris, takkan nak bagi semua waris enjoy. Kita pun nak la merasa kan? Bukan selalu dapat duit sejuta sedepuk. So buat sebagai amal jariah yang tak boleh ditentang oleh waris-waris.

Banyak sebenarnya kebaikan wasiat ni tapi bila asyik ditekankan keburukan dia, asyik-asyik isu boleh ditentang, buat wasiat tak guna, wasiat tidak sah, wasiat sia-sia, pastilah akan nampak keburukannya sahaja

Takde masalah pun kalau ada waris yang tak nak ikut, itu pilihan dia. Tapi dia tak boleh halang pun keseluruhan wasiat tu. Dia hanya boleh menuntut hak faraid dia sahaja.

Bukan kata bila sorang waris tentang, habis keseluruhan wasiat terbatal.

Ok dah fahamkan fungsi wasiat? Bila faham yang paling penting ambik tindakan awal.

Fahami fungsi instrument perancangan pusaka, hukum faraid dan undang2 pusaka..

"Why worry on uncertainties when u have an option to make it certain."

#wasiat #hibah #hartasepencarian #assalihintrusteeberhad #iep

www.facebook.com/notawarisanpusaka
www.notawarisanpusaka.blogspot.com 


Back To Top