KERJASAMA WARIS BAGI MENGURUSKAN HARTA PUSAKA - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

KERJASAMA WARIS BAGI MENGURUSKAN HARTA PUSAKA

konflik waris
Konflik Waris
[ KERJASAMA WARIS BAGI MENGURUSKAN HARTA PUSAKA ]
Dalam pentadbiran pusaka kerjasama daripada ahli waris amatlah penting bagi melancarkan pentadbiran harta pusaka.
Waris-waris perlulah menyediakan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh pihak wasi/pentadbir yang dilantik untuk proses permohonan surat kuasa dan sijil faraid.
Prosedur pertama yang wajib dilalui adalah permohonan sijil faraid (bagi muslim) di mahkamah syariah dan surat kuasa mentadbir atau probate di mahkamah tinggi sivil.
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan Sijil Faraid di mahkamah Syariah dan permohonan surat kuasa mentadbir di mahkamah tinggi atau unit pusaka kecil pejabat tanah adalah Senarai harta terkini yang ditinggalkan beserta dokumen sokongan beserta jumlah, senarai hutang termasukcukai pendapatan, zakat, haji yang belum ditunaikan dan fidyah puasa, salinan kad pengenalan atau surat beranak setiap waris faraid.
Jika salah seorang waris telah meninggal dunia sebelum si mati maka salinan sijil kematian diperlukan sebagai bukti kematian dan salinan sijil nikah. Bagi permohonan sijil Faraid ada negeri yang perlukan laporan penilaian hartanah daripada penilai berdaftar.
Kegagalan menyediakan dokumen-dokumen diatas meyebabkan proses permohonan tersebut didak berjalan lancar.
Pembaca-pembaca semua dinasihat untuk menyimpan dokumen-dokumen berkenaan dengan baik dan silalah berkongsi maklumat tersebut dengan pasangan masing-masing supaya apabila kita maka tiada suami/isteri tidak susah mencari maklumat-maklumat tersebut.
Oleh Puan Amna Fazillah (Naib Presiden as-Salihin Trustee Berhad)
Back To Top