Info: Apa Itu Contributor Dalam Polisi Insurans Takaful? - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Info: Apa Itu Contributor Dalam Polisi Insurans Takaful?

Contributor ialah satu rider (manfaat) yang memberikan manfaat pengecualian sumbangan takaful kepada polisi orang yang dilindungi. Dengan menyertakan rider ini dalam polisi takaful, kelangsungan polisi orang yang dilindungi adalah terjamin

Hubungan antara pemegang sijil atau polisi dan orang yang dilindungi menentukan bagaimana rider ini berfungsi dan ianya boleh terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

1. Sendiri (Contributor)
Jika pemilik polisi dan orang yang dilindungi adalah sama, polisi ini bakal mendapat pengecualian sumbangan jika dan hanya jika disahkan menghidap penyakit kritikal/keilatan kekal.


Contributor

2. Spouse Contributor
Jika polisi suami dan isteri dilengkapi dengan rider "Spouse Contributor", pengecualian sumbangan terhadap polisi pasangan berlaku sekiranya salah seorang menghidap penyakit kritikal/keilatan kekal mahupun meninggal dunia.


Spouse Contributor

3. Parent Contributor
Dua situasi di atas menunjukkan sumbangan bagi polisi anak ditanggung oleh bapa atau ibu. Jika berlaku keilatan kekal/penyakit kritikal/kematian kepada yang menanggung, pengecualian sumbangan polisi anak akan diberikan sehingga usia 25 tahun. Akan tetapi jika perkara yang sama terjadi kepada bukan penanggung, i.e keilatan kepada ibu tetapi yang menanggung ialah bapa dan sebaliknya, tiada pengecualian sumbangan akan diberikan.


Parent Contributor

4. Joint Parent Contributor
Berfungsi sama seperti Parent Contributor, tetapi ianya akan memberikan pengecualian sumbangan kepada anak yang ditanggung sekiranya salah seorang daripada penanggung (ibu atau ayah) mengalami keilatan kekal/penyakit kritikal/kematian.


Joint Parent Contributor
--------------------------------------------------------------------------------




---------------------------------------------------------------------------------- 
Back To Top