HIBAH: TABUNG HAJI DAN ASB - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

HIBAH: TABUNG HAJI DAN ASB


HIBAH: TABUNG HAJI DAN ASB

Apa  implikasi hibah TH dan ASB pada penghibah dan penerima. Apa bezanya dengan Hibah Tunai Takaful?

A) Hibah Amanah Tabung Haji.
Tabunghaji.gov.my

Jika tiada hibah, duit tabung akan jadi harta pusaka dan perlu di bahagikan mengikut faraid.

Boleh di buat hibah:
Cth. Ali ada RM 100,000 TH


Di hibah pd isteri atau pada waris.
Ali boleh pakai duit tersebut seperti biasa sehingga Isteri atau penerima hibah Mati.

Tetapi jika isteri "Mati Dulu", duit tersebut akan dikira sebagai pusaka si isteri, dan perlu di bagi Faraid  pada waris waris yang layak. (tidak di kembalikan kpd pemberi).

Jika Ali meninggal dahulu, maka duit TH tersebut akan di berikan mengikut penerima  hibah tersebut.

PEMBATALAN HIBAH TABUNG HAJI

Pembatalan dan Pindaan Hibah Amanah tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah.


Walaubagaimanapun pembatalan dan pindaan dibenarkan tanpa persetujuan sekiranya Penerima Hibah Amanah adalah daripada kalangan anak kandung dan/atau cucu kandung Pemberi Hibah Amanah yang masih hidup.

B) Hibah Duit Simpanan ASB
( pls refer: asnb.com.my)

Jika tiada hibah - akan jadi harta pusaka
Boleh di buat hibah utk yg cash sahaja . ( bukan yg laon)

Cth:
- Ali buat hibah amanah ASB nya pada isteri ( penerima)

Bila Ali Mati dahulu, duit akan di agih oleh PNB kpd waris dlm hibah.


Jika , penerima hibah mati dahulu, duit akan di kembalikan kpd Ali. Ali boleh buat hibah kpd penerima baru.

PEMBATALAN HIBAH ASB

Pembatalan dan Pindaan Hibah Amanah tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah.


Walaubagaimanapun pembatalan dan pindaan dibenarkan tanpa persetujuan sekiranya Penerima Hibah Amanah adalah daripada kalangan anak kandung dan/atau cucu kandung Pemberi Hibah Amanah yang masih hidup.

Kesimpulan:

Hibah tunai takaful adalah Instrument Pembahagian Harta termudah, termurah, dan paling berkesan kepada orang yang di hasratkan. Penerima hibah boleh ditukar, di pinda.


Note: Untuk Penghibah***
Membaca dan memahami segala terma-terma dan syarat-syarat yang diperuntukkan dalam Suratikatan Hibah Amanah dan borang-borang yang berkaitan.

Pemegang Unit (penghibah)mengakui dan memahami bahawa Hibah Amanah hanyalah alternatif di dalam pengurusan pewarisan Islam. Perlu diingatkan bahawa Hukum Faraid merupakan tunggak dalam pembahagian harta orang Islam. Oleh yang demikian, Pemberi Hibah perlulah berlaku adil dalam pembahagian hibah, terutama terhadap waris Faraid.

Sebagaimana firman Allah di dalam Surah Al-Israa 17:34 yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai ia dewasa dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungjawabannya.

*Please visit & like FB Pages Nota Kewangan Islam


Back To Top