Marketing Gimik vs Realiti - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Marketing Gimik vs Realiti

MARKETING GIMIK vs REALITI



Zaman kini ramai pelanggan yangg tertarik dengan marketing gimik dari berkenaan insurans especially gimik tentang "coverage perubatan"....berapa hebatnya gimik tersebut kadangkala hanya di atas kertas dan pelanggan hanya melihatnya berdasarkan kehebatan "kulit buku" tanpa menilai isinya...

Antara contoh gimik-gimik hebat yang perlu diteliti;

1. No lifetime limit :
- Kenyataannya no limit tersebut hanya untuk coverage seumur hidup, hakikat sebenar yg sgt penting adalah pelanggan perlu fokus pada had tahunan...
Gimik nya supaya nampak coverage yang sangat besar, wal hal untukk penyakit-penyakit yang akan menggunakan kos yang sangat tinggi especially "rawatan kanser" dan "dialisis buah pinggang" tetap di HADKAN limit seumur hidupnya..

2. Coverage medical sehingga umur 100 tahun :
Masalah kalau berlaku macam ni

- WOW! Harga murah, cover sampai seumur hidup....

SABAR...fikirkan sejenak; sustainability investment link policy adalah bergantung kepada nilai 'cash value', sebagai contoh, jika peserta membeli polisi pada umur 25 tahun, projection cash value di dalam quotation hanya untuk 30 tahun, di mana peserta pada waktu itu adalah berumur 55 tahun. Lihat berapa nilai baki cash value yang ketika itu, jika nilainya hanya tinggal bawah dari 10k, pastinya polisi tersebut tidak akan sustain sehingga 100 tahun.. Kerana nilai tabarru' (cost of insurance) akan meningkat pada setiap blok umur. Ini lah yang dikatakan marketing gimik, hanya nampak indah pada ilustrasi quotation, tetapi realistiknya tidak akan sustain pun sehingga 100 tahun..

3. Polisi murah, cover satu family..


- Ya!! Ini lah polisi yang dicari-cari selama ini, all-in-one dengan harga patut🤔

- Realitinya, polisi sebegini perlu di nilai dari beberapa aspek..especially jika polisi perubatan yang tak perlukan sum assured (pampasan kematian) dan tiada back up cash value. Jika pemunya polisi adalah bapa atau ibu, sekiranya mereka meninggal dunia, secara automatik anak-anak yang menumpang pada polisi tersebut akan kehilangan 'coverage' atau dari ertikata lain, polisi akan terbatal sekiranya pemunya polisi meninggal dunia.

Jika anak-anak sudah banyak membuat tuntutan perubatan, maka potensi untuk membeli polisi baru akan lebih sukar. Lagi besar claim sebelum ini, lebih sukar utk memohon polisi baru.

- Polisi ini juga di panggil "term insurance" di mana ia akan mempunyai peningkatan harga pada setiap 'blok umur', selari dengan meningkatnya tabarru' (cos of insurance). Lebih tinggi umur, lebih tinggi peningkatan harga premium bulanan..

- Polisi ini memerlukan review pada setiap tahun atau disebut renewal, pihak insurans 'berhak' untuk tidak menyambung polisi tersebut kerana ianya adalah contract tahunan atau setiap 5 tahun, bergantung pada jenis polisi.

- Polisi yang tiada back up cash value tidak boleh ada "premium holiday" atau ertikata lain, tunggakan bayaran bulanan...bulan puasa, bulan raya, anak nak naik sekolah...pastinya ini adalah antara bulan-bulan yang sukar bagi pelanggan kerana bajet duit perlu dilarikan ke persediaan untuk perayaan dan kos permulaan persekolahan, especially jika dah claim 'penyakit berat', once polisi terbatal akibat tiada bayaran. Tiada peluang untuk dihidupkan semula kerana peningkatan risiko penyakit.

4. Pastikan polisi tersebut adalah polisi 'non cancellable' berbanding dengan polisi jenis 'portfolio withdrawal' di mana pihak insurans boleh menamatkan polisi bila-bila masa sahaja dengan hanya memberi 1 bulan notice kepada peserta.

Ada banyak lagi perkara-perkara yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk sign up polisi.

Jangan hanya tertarik dengan marketing gimik di atas kertas atau flyers dan akhirnya bila dah terjadi sesuatu, baru tahu kesannya....pastikan anda bertanya sehingga berpuas hati tiada "hidden statement" yg anda perlu tanggung di kemudian hari..

Gunakan tips-tips di atas sebagai asas untuk menilai sesebuah polisi yang akan di ambil.


Back To Top