BAGAIMANA HARTA PUSAKA DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA DIRI SENDIRI ? - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

BAGAIMANA HARTA PUSAKA DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA DIRI SENDIRI ?

Sesi penyerahan cheque

Manfaatkan harta anda untuk diri sendiri walaupun selepas kematian anda melalui penulisan Wasiat !!


Melalui wasiat, seseorang muslim boleh memberikan harta pusakanya kepada golongan bukan waris Faraid dengan kadar 1/3 daripada baki harta selepas ditolak segala kos pengebumian & hutang piutang.

Antara golongan bukan waris Faraid termasuklah pemberian bagi tujuan WAKAF & SEDEKAH.

Daripada Abu Hurairah R. A bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu:
  • Sedekah yang berterusan
  • Ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan
  • Anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”
as-Salihin Trustee Berhad komited merealisasikan hasrat pewasiat yang bersedekah dan melakukan wakaf di dalam wasiat.

Sekitar gambar penyerahan sumbangan kepada Masjid Papan Kg Pertama, Pulau Pinang.

Back To Top