Salah satu penyebab ramai yang tidak ada perlindungan takaful ataupun menamatkan polisi takaful yang sedia ada ialah tidak dapat apa-apa daripada takaful walaupun bayar setiap bulan.
Sebenarnya kita perlu faham konsep takaful/insurans ni sebenarnya. Konsep takaful ialah memberi perlindungan dengan membantu kita dari segi mendapatkan rawatan dan wang apabila ditimpa musibah.
Jadi meminta atau mengharapkan sesuatu dari takaful seperti mengharapkan diri kita ditimpa musibah. Masya'Allah....!!
Walaupun aku mempunyai perlindungan takaful, aku sentiasa doa kepada yang Maha Esa dijauhi dugaan kesihatan. Sekurangnya kita menyediakan takaful sebagai persediaan dari segi usaha. Seterusnya ialah doa dan bertawakal.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Untuk memahami lebih jelas lagi konsep tawakal ini pernah Rasulullah S.A.W. menjelaskan kepada seorang lelaki yang datang berjumpa dengan baginda.
"Telah datang kepada Rasulullah S.A.W. seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanya begitu sahaja di pintu masjid tanpa ditambat terlebih dahulu. Lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah S.A.W. "Ya Rasulullah, adakah unta itu perlu saya tambat dahulu dan kemudian bertawakal atau saya lepaskan saja kemudian bertawakal?" Rasulullah S.A.W. menjawab, maksudnya : "Tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakal." (Hadis Riwayat al-Tarmizi).
Sifat putus asa hanya layak bagi orang kafir. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusof ayat 87).
Allah berfirman maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."(Surah al-Ra'd ayat 11).
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang hal Hibah Takaful?
PM atau Whatsapp 012-6727957
PM atau Whatsapp 012-6727957
PM atau Whatsapp 012-6727957
Atau isi borang sebut harga (Quotation) di bawah ini:-