10 KATA-KATA SEMANGAT BUAT SESIAPA SAHAJA YANG BARU MEMULAKAN BISNES
1. Buat sajalah dengan berani. Tidak ada teknik betul atau salah. Cuma ada untung dan rugi. Buat dulu baru tahu.2. Kawal nafsu berguru. Belajar dan terus buat satu persatu. Bukan belajar dan terus belajar sampai nipis poket tu.
3. Mulakan dengan langkah kanan. Mulakan langkah dengan berani. Kalau berani tak usahlah takut-takut lagi. Jika takut jangan berani-berani.
4. Gagal adalah guru paling jujur dalam hidup kita. Lebih baik gagal berkali-kali berbanding terus termakan puji. Gagal itu bukan mati. Gagal itu penghidup berkali-kali.
5. Bila sudah mula bisnes, usah toleh ke belakang lagi. Lihat apa yang ada di depan dengan pandangan luas. Lihat ke belakang hanya menyempitkan usaha dan menyakitkan kepala.
6. Mulut orang tak boleh tutup. Tak usah sakit otak fikir fasal apa orang cakap. Kita bukan berniaga untuk orang itu. Kita berniaga untuk semua orang yang menyokong kita.
7. Menyimpan bila buat untung dan berjimat bila bisnes sedang berkembang. Ramai orang lingkup dalam masa tiga tahun kerana tidak ada tunai di tangan, bukan kerana tidak pandai berjualan.
8. Bina hubungan dengan semua orang. Usah jadi orang bisnes yang sukar didekati. Orang yang berasa 'senang' dengan kita akan senang berurusan dengan kita. Satu senyuman, satu saham kita naik.
9. Tak usah berlawan-lawan dengan sesiapa. Kita tidak ada pesaing pun. Itu semua persepsi kita sahaja. Orang itu pun tak kenal siapa kita. Lebih baik fokus kepada usaha kita.
10. Mesti agresif setiap hari. Hasil kita bergantung kepada usaha kita. Rehat bila penat, bukan rehat bila berasa selesa. Biar demam, biar kurus cuping telinga. Momentum mesti selalu deras.
Terimalah hakikat bahawa berniaga itu adalah pilihan yang datang bersama pakej penat lelah. Tenang sahaja hadapi semuanya.
Tuhan tidak berjanji siapa berniaga akan Kaya Raya. Tetapi Tuhan berkata, siapa yang bertawakkal kepadaNya pasti dicukupkan keperluannya.
Tetap semangat! Tahniah. Aamin!!
Click here to join - free registration |