Prosedur Tukar Nama Geran Kereta Motor Pemilik Yang Meninggal Dunia - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Prosedur Tukar Nama Geran Kereta Motor Pemilik Yang Meninggal Dunia

prosedur tukar nama
Tukar nama geran kereta motor

Individu yang mahu menukar hakmilik kereta atau motorsikal daripada nama asal pemilik (owner) geran kenderaan yang telah meninggal dunia perlu mengikut prosedur ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Pertukaran pemilikan kenderaan tersebut perlu dibuat sekiranya kenderaan itu menjadi kegunaan harian pengguna sekarang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Selain membolehkan pembaharui cukai jalan dibuat dan perlindungan insuran sepenuhnya ketika menggunakan kenderaan tersebut di jalan raya.

Sebagai peringatan, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya cukai jalan tamat tempoh tetapi kenderaan tersebut masih digunakan di atas jalan raya.

Pusaka Kenderaan & JPJ

Pemilik Kenderaan Meninggal Kurang dari 3 Tahun

Pembaharuan roadtax bagi kenderaan yang pemiliknya meninggal dunia hanya boleh diperbaharui sekali sahaja dalam tempoh 6 bulan oleh waris. Pembaharuan hanya boleh dibuat di kaunter JPJ sahaja (Tak boleh perbaharui di pejabat pos dan MYEG).

Selepas 6 bulan tamat, pembaharuan roadtax hanya boleh dibuat atas budi bicara JPJ, maksima selama 3 tahun. Dalam tempoh 3 tahun ini, waris perlu menyelesaikan pertukaran hakmilik kenderaan. Selepas 3 tahun pemilik meninggal dunia, roadtax tidak lagi boleh diperbaharui kecuali apabila hakmilik telah bertukar..
Pemilik Kenderaan Meninggal Lebih dari 3 Tahun

Jika masih ada pinjaman, waris perlu menyelesaikan pinjaman kenderaan itu dahulu. Jika pinjaman sudah selesai atau tiada pinjaman baru boleh tukar hakmilik. Selepas selesai tukar nama, boleh perbaharui insurans dan roadtax seperti biasa.
Proses Tukar Nama/Hakmilik Pemilik Meninggal Dunia

1. Selesaikan dahulu pembahagian harta

Kenderaan pemilik yang telah meninggal dikira sebagai harta pusaka. Perlu proses penurunan kuasa mentadbir terlebih dahulu sebelum pertukaran nama/hakmilik boleh dibuat. Salah satu dari dokumen samada dari Mahkamah Tinggi / Pejabat Pesaka Kecil / Amanah Raya Berhad di perlukan untuk memulakan proses pertukaran nama/hakmilik pemilik meninggal dunia. Adalah antara berikut  :

* Surat Geran Probet (Grant of Probate)
* Surat Kuasa Pentadbir/Wasi Pusaka 
* Perintah Pengagihan

2. Ujian Puspakom

Seterusnya, anda memerlukan geran asal atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) untuk ujian kenderaan Puspakom.

3. Buat Insurans Kenderaan atas Nama Pemilik Baru

Sebelum ke JPJ untuk proses tukar nama, pastikan anda beli insurans kenderaan dahulu atas nama pemilik baru. Jangan lupa bagitahu ejen insurans kereta dalam proses tukar nama.

4. Proses Tukar Nama

Anda dinasihatkan hadir sendiri di JPJ untuk urusan tukar nama. Boleh juga  menggunakan wakil.

5. Buat Roadtax
Setelah dapat geran baru, boleh terus bayar roadtax di kaunter JPJ. Selesai.

Nota : JPJ hanya benarkan satu nama saja untuk di daftar tidak seperti hartanah dan rumah.

Sumber dan maklumat lengkap boleh layari di https://www.mysumber.com/tukar-milikan.html

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Back To Top