APA DIA SURAT KUASA? - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

APA DIA SURAT KUASA?



APA DIA SURAT KUASA?

Jom ambik tahu sebab surat kuasa ni surat yang sangat penting.

Bila berlaku kematian, nak uruskan perihal pusaka selalunya mana-mana tempat akan tanya, SURAT KUASA ada? Sijil mati sahaja tak mencukupi.

Sesetengah institusi nak uruskan pusaka tak
memerlukan surat kuasa.

Contohnya, waris boleh tutup account jika:
💵Bank kurang daripada 5k atau 2k (bergantung kepada bank mana)
💵ASB kurang daripada 10k

Institusi yang ada penama juga tak perlu surat kuasa. Contohnya Insuran Takaful, Tabung Haji, KWSP.

Nak buat pertukaran nama rumah 🏡 atau kereta 🚗 memerlukan surat kuasa ni.

Kat mana nak dapatkan surat kuasa ni?

Surat Kuasa ni boleh dimohon di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

Tapi selalunya yang lebih biasa orang sebut-sebut Pejabat Pusaka Kecil. Iaitu satu Unit di bawah jabatan ini yang mengendalikan urusan harta pusaka.

Macammana nak mohon surat kuasa?

Jika takde wasiat dan nilai harta bawah 2 juta, waris-waris boleh ke Jabatan ini untuk ambil
📜Borang A - permohonan surat kuasa
📜Borang DDA- waris-waris yang tak dapat hadir untuk bicara kuasa boleh isi borang ni. (semua waris-waris faraid perlu tandatangan)

Ada kos jugak tapi tak la banyak sangat bergantung kepada nilaian harta, dalam 0.2% cajnya.

Untuk harta yang lebih 2 juta dah tak boleh buat permohonan di jabatan ni ye. Perlu ke Mahkamah Tinggi berserta penjamin 2 orang yang mempunyai nilaian aset yang sama dengan si mati.

Lepas tu tunggulah untuk dipanggil bicara kuasa. Tempoh dalam masa 4-6 bulan bergantung kepada jabatan di negeri masing-masing.

Bukan mohon harini, esok dah dapat surat kuasa ye. Kena tunggu dan bersabar. Tak semua daerah yang ada Jabatan ni.

Surat kuasa ni siapa yang diberi kuasa tu bermakna dia adalah pentadbir untuk harta-harta pusaka arwah.

Dialah yang perlu uruskan semua, dia lah wakil si mati. Tapi dia hanyalah pemegang amanah bukan pemilik kepada harta-harta pusaka yang ditinggalkan tu.

Sebab tu kadang-kadang nak buat pilihan pentadbir pun waris boleh sampai bergaduh-gaduh bertekak-tekak dalam jabatan ni.

Yelah bila ada kuasa bermakna dia boleh buat segala urusan, duit pun akan masuk akaun dia dan sebagainya. Kuasa la katakan.

Itulah pentingnya untuk melantik pentadbir yang amanah, adil, berkepakaran dan berkebolehan serta berkemampuan. Sebab satu surat kuasa ni hanya untuk satu nama pentadbir.

Andaikata pentadbir yang dapat surat kuasa ni meninggal separuh jalan dalam menguruskan pusaka tadi, waris-waris lain perlu buat permohonan baru dan lantik pentadbir baru dan jugak mulakan balik process pusaka dari awal.

Agak-agak mudah tak kerja sebagai pentadbir ni? Mudah je sebenarnya asalkan waris-waris bersepakat dan bekerjasama.

Cuba elakkan perebutan pergaduhan dan sebagainya. Semoga urusan-urusan arwah di dunia ni selesai segera.

Mana yang masih diberi kesempatan untuk buat perancanagan awal, buatlah perancangan awal.
Kadang-kadang urusan ni mudah tapi ramai yang ambil mudah.

Ok tu je sikit perkongsian untuk urusan surat kuasa ni. Segerakan lah urusan pusaka si mati awal-awal.

Tak nak waris pening kepala dan bergaduh sesama sendiri suatu hari nanti?

Solusinya buat lah dokumen wasiat dengan melantik syarikat trustee sebagai wasi harta pusaka anda. Lebih amanah, lebih telus, lebih dipercayai dan sudah tentunya pakar dalam bidangnya. 

Back To Top